Kemenangan yang diperoleh Manchester United dalam perlawanan akhir Carabao Cup (EFL Cup) ke atas Newcastle United telah memberikan kejayaan yang amat diidamkan oleh jutaan penyokong mereka selepas lama tidak mendakap piala.
Ia juga cukup signifikan apabila kejayaan tersebut menandakan piala pertama yang berjaya diperoleh Erik ten Hag sebagai pengendali kelab itu.
Hasil kemenangan 2-0 ke atas The Magpies semalam, piala pertama di England untuk musim ini jatuh di tangan United dan itu berlaku kerana genius Ten Hag sebagai pengurus.
Dengan kejayaan ini, Ten Hag telah diangkat sebagai pengurus bola sepak terbaik di dunia.
Tapi siapa yang kata begitu?
Bekas pemain Manchester United, Robbie Savage mengatakan sedemikian selepas kejayaan United menjulang kejuaraan.
Hal air tangan Ten Hag yang menggembleng tenaga para pemain telah memberikan piala buat mereka dan kerana itulah beliau dianggap sebagai pengurus terbaik di dunia.
Malah tak terkejut kalau United terus bersaing untuk memburu empat piala musim ini.
“Erik ten Hag adalah pengurus terbaik dalam dunia bola sepak ketika ini.
“Beliau menggabungkan pasukan di dalam dan luar padang dan mereka mampu untuk menang empat piala musim ini,” kata Savage menerusi BBC Radio 5 Live.
Pandangan yang diberikan oleh Savage ini mungkin agar keterlaluan, namun begitu ia memberikan gambaran positif kepada penyokong United mengenai pengurus tersebut.
Jelas sekali, kehadiran Ten Hag telah mengubah United sebagai pasukan yang sebelum ini tidak mampu bersaing kembali landasan terbaik untuk menjadi kelab terbaik dunia.