Baru Di Tempat Ke-2 Liga, Pemilik Valencia Sudah Keluarkan Kenyataan Ramai Penyokong ‘Fake’

Valencia kini dalam prestasi terbaik mereka dalam tempoh hampir sedekad. Mereka mulai menjadi tumpuan sekali lagi dengan prestasi yang sedia ada.

Namun semalam, pemilik Valencia, Meriton yang dipegang oleh Peter Lim telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengejutkan di laman sesawang kelab.

Mereka memanggil semakin ramai penyokong ‘fake’ sejak Valencia diambil alih oleh Meriton. Berikut adalah petikan kenyataan rasmi tersebut:

“Sejak Meriton mengambil alih VCF, jumlah penyokong ‘fake’ dari sektor berbeza ini telah menguasai berita tentang VCF dan menjaja berita palsu kepada penyokong sebenar kami.”

“Golongan penyokong plastik ini cakap besar dan motivasi mereka daripada keinginan sendiri bukannya keinginan pihak VCF. Penyokong sebenar kami ramai yang ‘silent majority’ berbanding mereka.”

Meriton juga memberitahu yang Peter Lim telah menjadi penyelamat kelab daripada muflis dengan duit beliau sendiri. Valencia ketika itu berhadapan dengan masalah projek stadium tidak siap, masalah cukai, denda daripada EU dan hutang yang sangat tinggi.

“Peter Lim melaburkan €200 juta, duit beliau sendiri. Tiada seorang pun penyokong ‘fake’ yang kononnya mahu Meriton dan Peter Lim keluar dari kelab ini, ada mereka tampil memberikan wang untuk menyelamatkan kelab ini?”

“Penyokong plastik ini sentiasa menulis Valencia jauh lebih cemerlang sebelum kedatangan Meriton dan sentiasa berada di 4 teratas.”

“Ini satu pembohongan yang jauh tersasar. VCF hanya berada di 4 teratas sebanyak 50% ketika itu. Ketika era Meriton, dalam 3 tahun VCF pernah mara ke UCL dengan mengutip hanya 61 mata.”

“Penyokong plastik ini telah mensabotaj suasana di bilik persalinan VCF selama 2 tahun kebelakangan ini. Sikap menjengkelkan mereka ini untuk melemahkan Meriton dan mereka tidak berjaya.”

“Hari ini VCF berada di tangga ke-2 liga. Kami memiliki 2 pemain yang bermain untuk skuad kebangsaan Sepanyol iaitu Mateu and Marcelino.”

Dalam kenyataan tersebut juga, pihak Valencia menyatakan mereka hanya fokus untuk membina hubungan dengan penyokong sebenar, bukan penyokong plastik/fake.

Kenyataan ini kurang disenangi ramai penyokong Valencia yang menganggap kenyataan ini tidak perlu dikeluarkan dengan cara terlalu emosi. Walaupun penyokong berbeza pandangan dengan pemilik kelab, tidak semestinya mereka adalah fake. 

Ada juga pemerhati bola sepak memberitahu, cara mereka mengeluarkan kenyataan ini seakan-akan menunjukkan yang pihak yang mereka gelar ‘fake’ ini adalah betul.

Mereka masih tidak cukup faham apa itu bola sepak. Mereka hanya tahu memiliki kelab dan menjadikannya entiti perniagaan dengan mendapat piala untuk menaikkan publisiti.

Sedangkan, bola sepak lebih daripada itu. Banyak lagi yang pihak Meriton harus belajar tentang membina hubungan dengan penyokong.

Bukannya menghentam penyokong yang tidak sependapat dengan mereka dengan kenyataan yang agak kebudak-budakan.

Mana-mana pemilik kelab di dunia ini akan berhadapan dengan kritikan termasuk daripada penyokong sendiri. Itu sudah menjadi asam garam mereka.

Tetapi belum ada kelab elit di dunia termasuk Real Madrid, Barcelona, Manchester United mengeluarkan kenyataan rasmi menggelar penyokong berbeza pandangan sebagai ‘fake’.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN