Baru sahaja membantu Lille menjuarai Ligue 1 pada dua hari yang lalu, pengurusnya iaitu Christophe Galtier telah memilih untuk meletakkan jawatannya.
Keputusan mengejut itu dibuat selepas beliau berasakan yang dirinya tidak lagi diperlukan di kelab tersebut.
Menurut laporan BBC Sport, Galtier mendapati sedemikian selepas Lille memperoleh pemilik baharu pada pertengahan musim.
Keputusan itu dibuat selepas upacara perarakan piala liga Ligue 1 yang dimenangi mereka di sekitar bandar Lille baru-baru ini.
Galtier mengatakan yang dirinya tidak mahu menjadi mangsa kepada rutin apabila pemilik baharu tiba.
Rutin yang dimaksudkan adalah ‘pembersihan’ yang sering kali dilakukan oleh pihak atasan yang baharu menguasai kelab.
Sungguhpun begitu, pemergian Galtier pastinya dianggap sebagai perpisahan yang baik antara dirinya dengan penyokong atas apa yang dilakukannya.
Beliau menyertai Lille selama empat tahun dengan membantu pasukan itu keluar dari kelompok penyingkiran ke kedudukan teratas di Ligue 1.
Magis Galtier memastikan yang Lille berada di zon UEFA Champions League untuk tiga kali berturut-turut termasuklah musim ini dimana mereka muncul juara liga.
Kejuaraan ini turut menamatkan penantian Lille selama 10 tahun bagi gelaran liga yang ketika itu skuad mereka dibarisi oleh Eden Hazard, Gervinho dan Yohan Cabaye.
Baca juga artikel kami mengenai bola sepak Eropah:
Gennaro Gattuso Sertai Fiorentina Sehari Selepas Dipecat Napoli
Karier ‘Terburai’ Di Arsenal, Willian Mahu Kembali Ke Chelsea
Martial Kena Tinggal, Maguire Tersenarai Untuk Skuad Manchester United Ke Final UEL