#PotterOut trending di laman media sosial selepas Chelsea mencatatkan keputusan seri dalam perlawanan pertama mereka di bawah kendalian Graham Potter.
The Blues hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 di Stamford Bridge bertemu Red Bull Salzburg dalam aksi saingan Champions League awal pagi tadi.
Chelsea sebelum ini memutuskan untuk memecat Thomas Tuchel selepas kekalahan 1-0 mereka di tangan Dinamo Zagreb dalam aksi perlawanan pembukaan saingan Champions League.
Graham Potter after the game. pic.twitter.com/CsC47fn3EM
— Frank Khalid OBE (@FrankKhalidUK) September 14, 2022
Dalam perlawanan pertama beliau sebagai pengurus Chelsea, Graham Potter telah membuat tiga pertukaran pemain dalam kesebelasan utamanya berbanding kesebelasan utama milik Thomas Tuchel.
Selepas melalui aksi yang mengecewakan pada babak pertama permainan, pasukan tuan rumah terlebih dahulu memperoleh gol pendahuluan menerusi Raheem Sterling.
Walau bagaimanapun, Chelsea gagal untuk mempertahankan kelebihan satu gol yang mereka miliki selepas bintang utama Salzburg, Noah Okafor menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat ketika permainan berbaki 15 minit sebelum tamat.
Dalam usaha untuk mencari gol kemenangan, Graham Potter telah membawa masuk pemain seperti Conor Gallagher, Hakim Ziyech dan Christian Pulisic.
#PotterOut was top trend after Graham Potter failed to win his first Chelsea game… 😅
Football fans are a different breed. Long season ahead at this rate! 😂 pic.twitter.com/U5YBdcqoqG
— SPORTbible (@sportbible) September 15, 2022
Namun begitu, usaha beliau sepertinya berakhir dengan kegagalan selepas jentera serangan Chelsea dilihat terlalu sukar untuk melepasi barisan pertahanan Salzburg yang begitu kental.
Perlawanan tamat dengan keputusan seri 1-1 dan hal itu menyebabkan Chelsea kini berada di kedudukan tercorot dalam carta kumpulan E.
Sebaik tamat perlawanan tersebut, para penyokong Chelsea mula melancarkan kempen #PotterOut dalam usaha mereka mendesak pihak kelab untuk memecat Graham Potter.
Tuchel would've won that match the new Chelsea owner is just a clown that knows nothing about football #Potterout pic.twitter.com/p8j7QGaECs
— Mark faculty (@FacultyMark) September 14, 2022
He’s put on Connor Gallagher chasing a goal. Sack him right now. #PotterOut
— AbuCFC – The End. 🕊️ #SurvivedMount (@cfcticketspare) September 14, 2022
https://twitter.com/dayssincecr7/status/1570165492626636800?s=20&t=wwikVujHjS1k8h6-3CzU0A
https://twitter.com/MammothEddie/status/1570110726165135360?s=20&t=-XZ1Kq9wWDCHTU3lSV2Wqg
Bercakap kepada BT Sport selepas tamat perlawanan, Potter mendedahkan kekecewaan beliau dengan menyatakan:
“Kami kecewa dengan keputusan perlawanan. Kita jaringkan gol yang bagus, tapi kami hilang sedikit pada aksi babak kedua, dan penjaga gol juga turut berjaya menyelamatkan beberapa percubaan.”
“Itulah dia apa yang berlaku, kita perlu lebih sedar diri. Dari segi personaliti dan pendekatan dan cukup bagus, kami akan cuba buat lebih baik.”
“Ia sentiasa menjengkelkan ketika kamu bolos gol. Secara keseluruhannya permainan di posisi pertahanan agak bagus, cuma ada sedikit masalah yang kami perlu perbaiki.”
Wild scenes at Stamford bridge as new-look Chelsea take first incremental step of carefully calibrated process https://t.co/IeC5KNgSVq
— Barney Ronay (@barneyronay) September 15, 2022
Potter kemudiannya turut menyatakan bahawa:
“Ia bukan mudah untuk para pemain, mereka memberi kerjasama yang baik kepada kami sejak beberapa akhir kebelakangan ini dan itu sesuatu yang baik untuk kami gunakan dalam usaha kami untuk kembali bangkit.”
“Sikap yang mereka tunjukkan sangat menakjubkan, tiada yang mengecewakan selain dari kegagalan kami untuk mendapatkan tiga mata penuh.”
Memandangkan aksi bertemu Liverpool terpaksa ditunda dan rehat antarabangsa bakal tiba, Potter sepertinya akan dapat memanfaatkan masa yang ada untuk memperbaiki skuadnya menjelang aksi bertemu Crystal Palace nanti.