Quantcast

BERITA

Barton Selar Layanan Buruk Guardiola Ke Atas Joe Hart

Bekas bintang Manchester City, Joe Barton menyelar tindakan Pep Guardiola yang memberikan layanan buruk ke atas Joe Hart.

hart1

Joe Hart telah disisihkan pada perlawanan pembukaan EPL musim ini. Guardiola menyatakan beliau menggunakan kuasa sebagai pengurus dan keputusan menurunkan pemain adalah di tangan beliau.

download (1)

Guardiola tidak yakin Joe Hart adalah penjaga gol terbaik dalam pasukan beliau buat masa ini. Jadi beliau yakin, bahawa beliau lebih tahu apa yang beliau lakukan atas kapasiti kepentingan taktikal dan falsafah bolasepak beliau.

Hart sekali lagi disisihkan ke bangku simpanan dalam perlawanan menentang Steaua Bucharest dalam play-off Liga Juara-Juara Eropah.

1471377691606_lc_galleryImage_Joe_Hart_of_Manchester_Ci

Joe Hart tidak dapat menyembunyikan kekecewaan beliau apabila kelihatan sugul dan tidak gembira dengan hal tersebut. Ia sekaligus membuatkan Joey Barton marah dan berkata:

“Ini bukan kelab yang saya tinggalkan dahulu. Kelab yang saya tinggalkan dahulu jauh berbeza dengan apa yang ada hari ini. Lihatlah organisasi mereka sekarang.”

bartonvassell_0607-ashx

“Kelab saya dahulu tidak melayan pemain yang sudah berkhidmat lama dengan sebegini rupa. Ini sangat menjengkelkan.”

“Dia (Joe Hart) sudah ada caps penuh bersama skuad kebangsaan sebelum City memiliki duit yang banyak.”

“Pada masa itu, dia boleh pergi ke kelab lain untuk mencari sesuatu yang lebih baik, dan lebih besar untuk dirinya sendiri. Tetapi dia memilih untuk kekal bersama City.”

“Saya tidak tahu, apa salah dia sehingga dia diayan sedemikian rupa.”

“Perangai dia (Hart) bukannya teruk. Saya tidak suka perkara sebegini.”

“Ia adalah adab yang harus ada dalam diri manusia, tidak kiralah sehebat mana pun anda sebagai jurulatih. Mengapa anda perlu melayan dia seperti itu.”

374CF2A300000578-3744016-image-a-2_1471381115591

Sebagai rekod, Joe Hart ditandatangani City daripada Shrewsbury Town pada 2006 dengan nilai GBP600 ribu yang kemudiannya meningkat kepada GBP1.5 juta.

Hart telah membantu City menjuarai 2 EPL(2012,2014), 1 Piala FA (2011), dan 2 Piala Liga (2014,2016).

Hart setakat ini telah melakukan 107 clean sheets daripada 347 perlawanan beliau bermain untuk kelab tersebut. Beliau dianggap antara penjaga gol terbaik yang pernah menyarung jersi Manchester City.

City dikaitkan dengan pembelian Claudio Bravo dari Barcelona. Manakala Joe Hart dikaitkan dengan perpindahan secara pinjaman ke Sevilla ataupun Everton.

Baca juga: Analisis Pendekatan Taktikal Guardiola Dalam Debut EPL