Barcelona sudah pun mengumumkan kontrak baru pemain pertahanan mereka Samuel Umtiti. Sekaligus menamatkan spekulasi tentang masa depan pemain tersebut.
Sebelum ini Umtiti dikaitkan dengan usaha untuk menyertai skuad Jose Mourinho dan membuatkan perjanjian baru di Barcelona dilengahkan.
Pada Isnin lalu, Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu memberitahu beberapa butiran dalam kontrak pertahanan dari Perancis itu.
Kontra baru Umtiti adalah sehingga 2023 dan klausa pembelian untuk Umtiti adalah €500 juta. Bartomeu berkata:
“Kami rasa dengan klausa ini, tiada siapa pun yang berani berangan-angan datang ke sini untuk membeli beliau.”
“Ini berita yang baik kepada penyokong Barcelona. Tanpa Samuel, pasukan ini akan berbeza, jadi, kami perlukan beliau di sini.”
83% – Barcelona’s La Liga win percentage with Samuel Umtiti starting since he joined the club (W40 D7 L1), compared to 57% without him (W16 D8 L4). Renewal. pic.twitter.com/BGeg6v14zP
— OptaJose (@OptaJose) June 3, 2018
Barcelona membeli Umtiti dari Lyon pada 2016 dengan nilai €25 juta. Umtiti menyatakan yang beliau sangat selesa di Barcelona dan mahu kekal di sana untuk tempoh 15 tahun lagi.
“Saya sedikit gemuruh kerana impian saya diteruskan. Daripada hari pertama saya berada di Barcelona, saya sudah terasa seperti di rumah sendiri, dan saya mahu berada di sini untuk 15 tahun lagi.”
Barcelona meletakkan klausa yang sangat tinggi selepas melihat bagaimana Liverpool sanggup membayar €84 juta untuk Van Dijk. Man. City sanggup menebus klausa beli €70 juta Aymeric Laporte.
Sebelum ini, klausa beli Umtiti hanyalah €60 juta. Barcelona pernah meletakkan klausa €222 juta untuk Neymar namun tetap berjaya ditebus oleh PSG.