Masa depan Ernesto Valverde terus menjadi tanda tanya bagi ramai pihak. Beliau memiliki 2 pemain dengan nilai perpindahan lebih €100 juta iaitu Coutinho dan Dembele. Selain itu Valverde turut memiliki pemain elit Lionel Messi dl dalam pasukan beliau.
Valverde juga aktif berbelanja dalam setiap jendela perpindahan termasuk mendapatkan pemain seperti Malcom, Arturo Vidal, Lenglet dan juga Kevin Prince Boateng.
Namun malangnya, sudah 2 musim berturut-turut Valverde disingkirkan daripada UCL selepas membawa bekalan margin 3 gol.
Selepas kekalahan kepada Liverpool di Anfield, Valverde menyatakan beliau tidak akan berundur daripada jawatan pengurus. Dan yakin pihak Barcelona masih percayakan beliau.
Terbaru, Presiden Barcelona, Josep Bartomeu memberikan penjelasan tentang kedudukan Valverde di dalam kelab itu. Dan Bartomeu mengesahkan bahawa Ernesto Valverde akan terus kekal bersama Barcelona.
Ini kerana menurut Bartomeu, Valverde telah berjaya menjalankan tugasannya dengan kejayaan menjuarai La Liga selama 2 musim berturut-turut sejak beliau mengambil alih jawatan itu.
Bartomeu berkata: “Perancangan musim hadapan sudah pun berjalan. Kami sudah mendapatkan beberapa pemain iaitu Frenkie De Jong dan Emerson. Kita akan bercakap lebih lanjut tentangnya selepas final Copa Del Rey. Buat masa ini, berikan masa untuk pemain bangkit daripada moral yang agak menurun.”
Bartomeu:
”The final isn't the deciding factor if Valverde stays. The main objective is the league and then we want the Copa or the Champions League.”
— PRINCE SELLASIE BEDI 🇬🇭🦅 (@bedi1717_onair) May 16, 2019
“Objektif utama kami adalah La Liga, kedua kami mahukan Copa Del Rey, dan selepas itu barulah UCL. Kami memenangi La Liga dengan baki beberapa perlawanan lagi. Kami semua mahukan lebih kejuaraan.”
“Sekarang final Copa Del Rey semakin hampir. Dan kami baru sahaja melalui kekalahan yang menyakitkan.”
“Sudah tiba masanya kami bangkit, kembali teruja dan bermotivasi untuk bersaing atas padang.”
“Tentang isu Valverde, inilah dia jurulatih yang kami mahukan. Kami kini sudah separuh jalan dalam projek ini. Beliau masih dalam kontrak, kami buat masa ini gembira dengan apa yang beliau lakukan.”
FC Barcelona president Josep Maria Bartomeu on Ernesto Valverde: "It's the coach we want, it's a medium and long term project. He has a contract and we are very happy with him." pic.twitter.com/N1D3pMv4rR
— Squawka Live (@Squawka_Live) May 16, 2019
Kenyataan Bartomeu yang meletakkan UCL sebagai sasaran ke-3 selepas Copa Del Rey membuatkan beberapa penyokong Barcelona agak berang.
"[The final] isn't the deciding factor [on whether Valverde stays]," Bartomeu said. "The main objective is the league and then we want the Copa or the Champions League."
As long as Barcelona is part of UEFA, main objective is UCL Champion#ValverdeOut #BartomeuOut @FCBarcelona
— Rain van Basten 🇳🇱🌧️⚽ (@SlueBtack) May 18, 2019
Menurut beberapa penyokong Barcelona, kelab sebesar Barca perlu sentiasa meletakkan UCL sebagai keutamaan.