Barisan Exco ‘Tak Restui’ Hasrat Hasnul Zulkarnain Tinggalkan PAFA

Mesyuarat khas Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang diadakan telah sebulat suara menolak peletakan jawatan Presiden, Yang Berhormat (YB) Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

Perkara tersebut diumumkan Naib Presiden merangkap pemangku Presiden PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad dalam satu sidang media yang berlangsung di Ipoh, petang tadi.

“Presiden (YB Hasnul) telah menghantar surat peletakan jawatan bertarikh 13 November 2018 (hari ini) dan mesyuarat telah memutuskan untuk menolak permohonan tersebut.”

“Kami memberikan tempoh selama 14 hari buat beliau untuk mempertimbangkan kembali keputusan yang telah diambil.”

Ketika ditanya berkenaan pendirian barisan exco dalam membuat keputusan itu, Muhammad Yadzan menyifatkan perancangan serta misi besar yang diilhamkan YB Hasnul Zulkarnain adalah sesuatu yang menarik untuk diterjemahkan. 

Khamis lalu, YB Hasnul Zulkarnain mengumumkan peletakan jawatan selepas ‘ribut’ yang melanda sebaik sahaja Perak berjaya menjuarai Piala Malaysia 2018.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAFA, Datuk Adly Shah Ahmad Tah turut mengikuti jejak langkah YB Hasnul dengan meletakkan jawatan yang disandang atas alasan ingin memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerja dan perniagaan diusahakannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN