Barcelona telah menolak rekaan terbaru oleh syarikat pengeluar barangan sukan terkemuka di Amerika Syarikat, Nike. Ini berikutan rekaan jersi kelab Catalan untuk aksi di tempat lawan untuk kegunaan pada musim hadapan direka berwarna putih.
Perkara itu didedahkan oleh Mundo Deportivo, dan dipercayai disebabkan persamaan warna jersi dengan pasukan seteru utama Barcelona, iaitu Real Madrid.
Inspirasi salib St.George
Jersi tersebut dikatakan mengambil inspirasi dari tanda salib St. George yang berwarna merah dan putih – iaitu bendera rasmi bandar Barcelona. Walaupun niat Nike itu kelihatan bagus, pihak pengurusan Barcelona jelas kurang gembira dengan pilihan warna tersebut, dan kini mengambil keputusan menolak memilih rekaan tersebut sebagai jersi di tempat lawan untuk musim 2020/21.
According to Mundo Deportivo, Barcelona has declined this proposal design of Nike for the 2020-21 away kit.
What are your thoughts on this kit? And on Barcelona wearing white? pic.twitter.com/jUhvE5wK13
— The Kit Guru (@FCKitGuru) February 6, 2019
Barcelona sebenarnya pernah memilih untuk menggunakan jersi berwarna putih pada 1950an. Namun selepas perseteruan dengan Real Madrid semakin meningkat beberapa dekad selepas itu, kelab Catalan itu memilih untuk tidak menggunakan jersi berwarna putih.
Pernah dikecam
Satu-satunya jersi Barcelona yang mempunyai elemen warna putih yang selepas era 1950an itu ialah jersi rekaan Kappa untuk kegunaan di tempat sendiri pada 1992.
Walaupun elemen putih hanya terdapat pada bahagian lengan jersi tersebut, ianya sudah cukup untuk menerima maklum balas negatif dari penyokong Barcelona pada ketika itu.
Bayangkan pula bagaimana penerimaan mereka sekiranya melihat jersi yang serba putih rekaan Nike ini.