Barcelona tidak sepatutnya menjual lima pemain ini dan melepaskan para pemain ini sebenarnya satu kesilapan terbesar yang dilakukan oleh gergasi Catalan itu.
Barca tidak dinafikan lagi sememangnya antara kelab bola sepak paling berjaya di benua Eropah, dengan mereka dilaporkan mempunyai 97 Piala kejuaraan dalam simpanan kabinet sejak 121 tahun yang lalu.
Dek kerana mempunyai nama yang gah, Barcelona senantiasa memiliki nama-nama besar dan bintang-bintang handalan dalam dunia bola sepak yang beraksi bersama mereka.
Lionel Messi was truly the back bone to FC Barcelona’s success pic.twitter.com/TKrdqOCa0u
— vivi 🇽🇰 (@papsvivs) September 29, 2021
Walau bagaimanapun, dek kerana terlalu ramai bintang handalan, Barca sebenarnya sering melakukan kesilapan dengan melepaskan pemain terbaik yang mereka miliki.
Hal itu menyebabkan para peminat sering mempersoalkan tentang mengapa Barcelona sukar untuk mempertahankan pemain-pemain ini.
Gergasi Sepanyol itu merupakan antara pasukan yang menjadi punca kepada kemusnahan nilai pasaran pemain sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Mereka telah menjual bintang handalan Brazil, Neymar pada tahun 2017 kepada Paris Saint Germain, dengan yuran perpindahan bernilai €222 juta.
Andres Iniesta and Barcelona = success 🏆🥇 pic.twitter.com/dtjk6EVg2w
— GOAL (@goal) April 27, 2020
Barcelona kemudiannya menandatangani Philippe Coutinho dari Liverpool dengan nilai tidak masuk akal, dan menyebabkan mereka terpaksa menanggung beban hutang sehingga hari ini.
Pada tahun 2000 yang lalu, telah berlaku insiden panas antara Barca dan Real Madrid, dengan The Los Blancos telah berjaya mendapatkan khidmat pemain utama Barcelona pada ketika itu, Luis Figo.
Ia merupakan salah satu penjualan pemain yang paling dibenci oleh para peminat, dan diingati sehingga ke hari ini.
Walau bagaimanapun, dosa Barcelona melepaskan pemain terhebat sepanjang zaman mereka, Lionel Messi tetap menjadi hal paling tidak disenangi oleh para peminat pada ketika ini.
Joueurs avec le plus de trophées remportés dans l'histoire du football 🏆
1️⃣ Dani Alves – 41
2️⃣ Andres Iniesta – 39
3️⃣ Leo Messi – 37
4️⃣ Maxwell – 37
5️⃣ Gerard Piqué – 36Success is Barcelona 💪 pic.twitter.com/nUdYtmtiph
— ⵚⴰⵓⴼⵉⴰⵏ 🇩🇿 ⵣ (@Elgoleadorfcb) November 13, 2020
Masalah kewangan yang melanda kelab menyebabkan Juara 26 kali gelaran La Liga itu terpaksa melepaskan bintang utama mereka itu secara percuma sahaja pada musim panas baru ini.
Barcelona juga sebenarnya telah beberapa kali menjual pemain penting yang tak sepatutnya mereka jual, dan tindakan kelab itu telah dikritik teruk oleh para peminat.
Ketidak pintaran Barca dalam menguruskan pemain terbaik mereka sebenarnya telah menghantui mereka sendiri, dengan beberapa pemain yang dijual oleh Barcelona berjaya bersinar bersama kelab barunya.
Barcelona Chief Joan Laporta hoped Messi would play for FREE.. The best player in the world… I wonder if they can afford Thomas Tuchel !!!!
Seems Barca have become a charity project pic.twitter.com/LFbxYuqiHH— African Activist (@collogeniuus) October 8, 2021
Berikut merupakan senarai lima pemain yang tak sepatutnya dijual oleh Barca, namun sayangnya mereka tetap menjual kesemua lima pemain ini.
5) Arthur Melo kepada Juventus
Pada Mac 2018, telah diumumkan yang Barcelona sudah mencapai kesepakatan dengan Gremio, untuk menandatangani Arthur Melo dengan yuran perpindahan bernilai €31 juta.
Melihat kepada nilai yang Barcelona perlu bayar untuk mendapatkan khidmatnya, ramai yang mula mempertikaikan tentang keputusan tersebut.
OFFICIAL: Miralem Pjanic takes @FCBarcelona's No. 8 shirt, vacated by Arthur Melo and previously worn by Andres Iniesta 🤩 pic.twitter.com/kHcAJLiL44
— ESPN FC (@ESPNFC) September 15, 2020
Walau bagaimanapun, selepas melihat Arthur turun beraksi untuk Barcelona, segala persoalan dan keraguan berkait nilai beliau dilupakan oleh para peminat.
Pemain kebangsaan Brazil itu telah mempamerkan aksi persembahan yang cukup cemerlang untuk Barcelona, dengan beliau turut menunjukkan ‘work rate’ yang sungguh mengagumkan.
Di usia baru 21 tahun ketika ketibaannya, Arthur dianggap bakal menjadi pemain midfield harapan Barcelona di masa hadapan.
Walau bagaimanapun, selepas hanya dua musim, dengan beliau membuat 72 penampilan bersama kelab, pemain perancang handalan Brazil itu telah dijual ke Juventus dengan yuran perpindahan bernilai €72 juta.
🗣 Arthur Melo:
"There is always speculation but my idea is clear. The only option that interests me is staying at Barcelona.
"The supposed interest of big clubs is always flattering and a positive sign, but my mind is on playing for Barcelona for many years." pic.twitter.com/TutXcNhYOD
— GOAL (@goal) April 29, 2020
Ia merupakan salah satu perjanjian Barca dengan Juventus yang melibatkan Arthur dengan Miralem Pjanic.
Keputusan Barca melepaskan pemain muda mereka untuk mendapatkan pemain midfield yang sudah berusia 30 an jelas sekali merupakan antara keputusan yang sangat tidak bijak.
Ketika Pjanic sedang menikmati karier yang gemilang, Barca pula kini sedang dalam usaha mereka untuk mencari pemain pengganti yang lebih sesuai dan berkualiti.
4) Samuel Eto’o kepada Inter
Bercakap berkait masalah pertukaran pemain yang teruk, keputusan Barcelona untuk mendapatkan Zlatan Ibrahimovic dengan menawarkan Samuel Eto’o berserta duit bernilai €45 juta, jelas sekali antara rundingan paling teruk pernah mereka lakukan.
ON THIS DAY: In 2004, Samuel Eto'o was unveiled as a Barcelona player.
◉ 199 games
◉ 130 goals
◉ 8 trophiesThe definition of a goalscorer. pic.twitter.com/WJo9QmHKTo
— Squawka (@Squawka) August 12, 2021
Eto’o pada ketika itu sudah menstabilkan dirinya sebagai salah seorang pemain penyerang terhebat dalam dunia bola sepak.
Melihat kepada kecemerlangan Ibrahimovic, Pep Guardiola memutuskan untuk melepaskan bintang Cameroon mereka dalam usahanya untuk mendapatkan legenda Sweden itu.
Eto’o telah dijual ke Inter Milan pada tahun 2009, walaupun beliau sebelum itu berjaya membantu Barcelona memenangi gelaran treble.
Walau bagaimanapun, Eto’o sepertinya lebih berjaya selepas meninggalkan Nou Camp, dengan beliau menjadi nadi penting dalam skuad Jose Mourinho untuk menakluk benua Eropah pada ketika itu.
Sementara Eto’o bahagia menikmati kejayaan kedua beliau memenangi gelaran treble secara berturut-turut, Barca pula pada ketika itu bergelut dengan prestasi Ibrahimovic.
ON THIS DAY: In 2009, Barcelona signed Zlatan Ibrahimovic for €46m + Samuel Eto'o.
The only Barcelona player to score in each of his first five La Liga appearances. 👏 pic.twitter.com/yXF3qXn7Kz
— Squawka (@Squawka) July 27, 2021
Zlatan Ibrahimovic kemudiannya telah dipinjamkan ke pasukan lain dan karier beliau di Nou Camp juga tidak seperti yang diharapkan.
3) Thiago Alcantara kepada Bayern Munich
Thiago Alcantara merupakan salah seorang produk dari akademi La Masia, dengan beliau dianggap antara prospek masa hadapan paling bersinar untuk kelab pada ketika itu.
Beliau sudah mula di pantau sejak berusia 14 tahun, dengan bintang Sepanyol itu kemudiannya menandatangani kontrak selama dua tahun bersama skuad utama.
Why Barcelona should sign Thiago Alcantara.
Thread: pic.twitter.com/EqknJAftuM
— Isak (@Graciosament) May 25, 2018
Thiago hanya sempat membuat 100 penampilan sahaja bersama Barca, dan beliau ketika karier remajanya, dianggap antara pemain muda terhebat dalam dunia bola sepak.
Pep Guardiola jelas sekali antara individu paling menggemari kemampuan Thiago Alcantara, dengan pengurus City itu turut membawanya ke Bayern Munich selepas beliau meninggalkan Nou Camp untuk ke Allianz Arena pada tahun 2013 yang lalu.
Dalam kontrak Thiago, sebenarnya terkandung klausa yang mana andai ia tidak dipenuhi, klausa pembelian beliau akan turut mendadak hingga €18 juta sahaja.
Gergasi Sepanyol itu gagal untuk menyelesaikan masalah tersebut, dengan mereka akhirnya memutuskan untuk menjual bintang harapan kelab itu kepada Bayern Munich dengan nilai €25 juta sahaja.
#OnThisDay in 2013, Thiago Alcântara joined Bayern Munich from Barcelona.
He won 16 trophies in Munich, including 7 straight Bundesliga titles 🏆🔥 pic.twitter.com/01z5973sIr
— Vidafan.co (@VidafanCo) July 16, 2021
Barca jelas berdepan kesukaran untuk tempoh beberapa musim selepas mereka menjual Thiago, dan sukar untuk mencari pemain yang berbakat seperti bintang Sepanyol itu.
Walaupun beliau bergelut dengan masalah kecederaan sejak kebelakangan ini, namun Thiago sebenarnya masih pemain paling sempurna untuk gergasi Catalan itu dapatkan.
2) Ronaldo kepada Inter
Legenda bola sepak Brazil, Ronaldo pernah dianggap sebagai aset paling bernilai yang diidamkan oleh pelbagai kelab di benua Eropah pada satu ketika dahulu.
https://twitter.com/PurelyFootball/status/1428099215079653388?t=_Yj6arHkXOgoQHVnKx8-cw&s=19
Beliau berjaya mencuri perhatian peminat seluruh dunia ketika beraksi cemerlang bersama PSV, dengan hampir kesemua kelab gergasi berminat untuk mendapatkan khidmatnya pada tahun 1996 yang lalu.
Dari kesemua pasukan yang berusaha untuk mendapatkan khidmatnya, Barcelona berjaya menandatangani bintang terhebat dunia itu dengan yuran perpindahan bernilai €15 juta.
Ronaldo berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan ketika debutnya bersama Barcelona, dengan beliau berjaya menjaringkan 47 gol dan mencatatkan 12 assists dari 49 penampilan.
Presiden Barcelona pada ketika itu, Josep Nunez, bahkan turut menyatakan bahawa:
“Dia milik kami selamanya.”
Nunez menegaskan yang Ronaldo Nazario akan terus menjadi milik Barcelona buat selama-lamanya.
[ANNIVERSARY] Ronaldo Nazario debuted with @FCBarcelona 20 years ago Saturday: https://t.co/lV1tk3BwbE | #FCBHistory pic.twitter.com/SI7woWVBhW
— FC Barcelona (@FCBarcelona) August 19, 2016
Walau bagaimanapun, kisah percintaan Ronaldo Nazario bersama Barcelona tidak kekal lama dengan beliau terpaksa meninggalkan kelab atas masalah perselisihan faham berkait kontraknya.
Wakil kelab gagal untuk mendapatkan kesepakatan dengan ejen Ronaldo, dan menyebabkan legenda Brazil itu meninggalkan kelab setahun selepas itu.
Memanfaatkan situasi sukar itu, Inter Milan berjaya menandatangani Ronaldo dari Barcelona dengan yuran bernilai €26.5 juta.
1) Luis Suarez kepada Atletico Madrid
Luis Suarez dianggap bakal menjadi pengganti Ronaldo Nazario di Nou Camp, pada awalnya, dengan beliau berjaya mencatatkan statistik yang sungguh menakjubkan.
September 2020: Koeman calls Suarez to tell him he’s not in his plans at Barcelona. Atletico sign Suarez.
One year later… pic.twitter.com/2EgNyeKPFx
— B/R Football (@brfootball) October 2, 2021
Walaupun Luis Suarez ditandatangani dengan nilai €81.72 juta dari Liverpool, namun tidak diragukan yang pembelian beliau merupakan perniagaan terbaik dalam sejarah Barca.
Pemain kebangsaan Uruguay itu mengharungi enam musim yang sungguh menakjubkan di Nou Camp, dengan beliau boleh dikatakan sudah memenangi segalanya bersama Barca sepanjang tempoh tersebut.
Kemuncak prestasi Suarez adalah pada musim 2015/16, dengan beliau ketika itu berjaya menjaringkan 59 gol dan 24 assists sepanjang kempen tersebut.
Beliau juga merupakan salah seorang dari trio terhebat dalam sejarah Barca bersama Messi dan Neymar.
LUIS SUAREZ SCORES AGAINST BARCELONA 💥 pic.twitter.com/jLMhRJOksW
— B/R Football (@brfootball) October 2, 2021
Walaupun beliau telah menyumbangkan sumbangan yang tidak ternilai untuk kelab, namun Suarez telah dibuang bagai sampah tak berguna pada tahun lalu.
Pengurus baru Barca pada ketika itu, Ronald Koeman bercakap dengan Suarez melalui panggilan telefon sahaja, dengan alasan utamanya tidak mahu menggunakan bintang Uruguay itu, kerana merasakan beliau terlalu tua.
Selepas beliau dilepaskan oleh kelab dengan cara yang sangat tidak sopan, Suarez berjaya membalas dendam terhadap bekas kelabnya itu.
Luis Suarez scores his first ever goal against Barcelona! 💥
He has now scored against all 31 LaLiga teams he's faced in his career 🙌 pic.twitter.com/q9i0kzY0vx
— ESPN FC (@ESPNFC) October 2, 2021
Bintang berusia 33 tahun itu menjadi antara nadi penting Atletico Madrid yang membantu skuad kendalian Diego Simeone untuk menjuarai saingan La Liga musim lalu.
Beliau turut berjaya menjaringkan satu gol dan mencatatkan satu assists ketika membantu Atletico menewaskan Barca baru-baru ini.