Barcelona masih lagi belum mahu mengalah dalam usaha untuk mendapatkan Paul Pogba dari Manchester United.
Menurut laporan Telegpraph, Barcelona mempunyai 2 pelan untuk memastikan Pogba akan menjadi pemain kelab tersebut.
Ketika ini, Pogba dikatakan tidak gembira bersama pengurus Manchester United iaitu Jose Mourinho.
2 pelan yang akan digunakan oleh Barcelona adalah untuk cuba memberikan tekanan kepada Manchester United untuk mendapatkan Pogba sebelum 31 Ogos ini.
Namun begitu, hal ini mungkin tidak dapat direalisasikan kerana Barcelona tahu yang Manchester United tidak akan menjual Pogba pada musim panas ini.
Lalu ia membawa kepada pelan kedua iaitu terus memberikan tekanan kepada kelab England tersebut sehingga jendela perpindahan pada bulan Januari.
Seandainya Barcelona gagal mendapatkan Pogba pada Ogos ini, mereka akan terus mengejar pemain tersebut pada bulan Januari ini sambil mengekalkan tekanan kepada Manchester United.
Gerak kerja ini saling tak tumpah dengan cara Barcelona mendapatkan Philippe Coutinho dari Liverpool.
Setelah gagal mendapatkan pada musim panas, Barcelona berjaya juga mendapatkan Countiho pada bulan Januari.
Walaupun Pogba dilaporkan mengalami permasalahan bersama Mourinho. Namun itu tidaklah membuatkan pemain tersebut tidak gembira sepenuhnya di Old Trafford.
Pogba dikatakan masih gembira bersama Manchester United namun beliau mahukan lebih banyak sokongan diberikan kepada dirinya.
Pemain kebangsaan Perancis itu mengetuai Manchester United dalam kemenangan tipis kelab itu menentang Leicester City pada perlawanan pembukaan Premier League.
Beliau juga menjaringkan gol menerusi sepakan penalti.