Barcelona tewaskan Athletic Bilbao dalam perlawanan La Liga yang nyata menghiburkan.
Mereka berjaya memperoleh kemenangan 3 gol tanpa balas untuk mengurangkan defisit mata menjadi 1 mata sahaja di belakang pendahulu – Real Madrid.
Messi bodohkan penjaga gol
Barcelona membuka jaringan seawal minit ke-17 menerusi Paco Alcacer yang menerima hantaran cut back daripada Neymar dari sebelah kiri bahagian Barcelona.
Ia merupakan jaringan pertama untuk Alcacer dalam saingan La Liga untuk Barcelona dalam penampilan beliau yang jarang-jarang sekali dilihat bersama skuad Barcelona.
Lionel Messi sekali lagi melaksanakan magis beliau di dalam perlawanan ini.
Beliau menjaringkan gol situasi sepakan percuma dari tepi padang dengan menewaskan penjaga gol – Gorka Iraizoz.
Messi membuatkan penjaga gol tersebut nampak seperti dungu apabila sepakan percuma itu melengkung masuk memberikan melepasi Iraizoz sendiri.
Aleix Vidal kemudiannya memateri kemenangan Barcelona dengan jaringan pada separuh masa kedua menerusi penyudah kaki kiri beliau yang menewaskan Iraizoz.
Kemenangan Barcelona ini memberikan ancaman sementara kepada Real Madrid dan Sevilla yang belum lagi beraksi.
Real Madrid menentang Celta Vigo, namun begitu kemungkinan besar perlawanan tersebut ditangguhkan akibat cuaca buruk.
Sementara itu Sevilla bakal melayan kunjungan Villareal pada hari seterusnya.
Kemenangan Barcelona itu memberikan status kepada mereka sebagai pasukan pertama yang menjaringkan 100 gol dalam semua kejohanan musim ini.
Kesebelasan utama
Barcelona: Marc-Andre ter Stergen (penjaga gol), Aleix Vidal, Gerard Pique, Samuel Umtiti, Jeremy Mathieu, Rafinha, Andre Gomes, Arda Turan, Lionel Messi (kapten), Paco Alcacer, Neymar
Athletic Bilbao: Gorka Iraizoz (penjaga gol & kapten), De Marcos Arana, Yeray Alvarez, Aymeric Laporte, Mikel Balenziaga, Mikel San Jose, Ander Iturraspe, Iker Muniain, Raul Garcia, Inigo Lekue, Inaki Williams
Baca juga: Liverpool Terus Kecewa, Tewas Di Tangan Hull City 2-0