Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona mungkin terpaksa menentang Tottenham Hotspur tanpa khidmat bintang uruguay, Luis Suarez yang berdepan cabaran untuk kembali cergas selepas mengalami kecederaan lutut untuk aksi terakhir dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.
Barca sudah layak ke pusingan kalah mati tetapi pertemuan mereka menentang Spurs awal pagi Khamis ini boleh menentukan pasukan mana berkedudukan kedua Kumpulan B.
✅ @Phil_Coutinho & @ivanrakitic
❌ @LuisSuarez9 , @arthurhromelo & @JasperCillessen
More info, here 👉 https://t.co/CN0Y6O26xe
#PSVBarça pic.twitter.com/Co5XpYqls7— FC Barcelona (@FCBarcelona) November 26, 2018
Suarez mungkin akan diketepikan sekitar dua minggu, bermakna dia juga akan terlepas saingan di tempat lawan menentang PSV Eindhoven.
Menerusi kenyataan kelab itu: “Dia akan mengikuti terapi biologi dengan ‘stem cells’ sebagai rawatan rasa kurang selesa di lutut kanan dan akan berehat sekitar dua minggu.”
Injury update: Luis Suárez will be out for two weeks due to discomfort in his knee • Arthur suffers from an overload. • Cillessen will be out for between 2 and 3 weeks. • Rakitić and Coutinho have both received the medical green light.
— barcacentre (@barcacentre) November 26, 2018
Namun, Philippe Coutinho dan Ivan Rakitic kembali disenaraikan ke dalam skuad selepas kedua-duanya pulih daripada kecederaan.
~ Luis Suarez greatest number 9 of this generation (2000-2018) & One of the best OAT .
– A thread – ( All the stats and numbers updated till 24/11/2018 ) pic.twitter.com/Jf7yXapPfB
— RAM (@MeticulousViews) November 26, 2018
Arthur Melo, Sergi Roberto (hamstring) dan penjaga gol simpanan, Jasper Cillesen (hamstring) juga tidak bersama skuad ke Belanda bersama Rafinha yang memerlukan pembedahan kerana kecederaan ligamen.