Barcelona Takkan Bayar Sesen Pun Untuk Neymar, Real Madrid Mulai Masuk ‘Line’

Barcelona dilaporkan tidak akan membayar wang tunai walaupun sesen kepada Paris St. Germain untuk Neymar.

Sebaliknya Barcelona hanya mahu melakukan pertukaran pemain secara terus tanpa melibatkan wang tunai. Barcelona sanggup menyertakan lebih daripada seorang pemain untuk Neymar.

Barcelona sebelum ini sudah membelanjakan lebih €100 juta untuk mendapatkan Antoine Griezmann. Perjanjian yang dipercayai oleh Atletico Madrid, dilakukan beberapa bulan lalu di belakang pengetahuan mereka.

Bartomeu beberapa bulan lalu, sebelum kedatangan Griezmann memang sudah memberikan bayangan bahawa Griezmann akan datang tetapi bukan Neymar.

Walaubagaimanapun, Neymar memberitahu PSG bahawa beliau hanya mahu pulang semula ke Barcelona.

PSG pernah mencadangkan agar Barcelona mengambil Neymar secara pinjaman dengan komitmen bayaran sebanyak €300 juta untuk pemilikan tetap.

Tetapi Barcelona berkeras mereka hanya mahukan perjanjian melibatkan pertukaran pemain. Antara yang hangat dikaitkan adalah Coutinho dan Ousmane Dembele.

Valverde juga sudah memberikan bayangan bahawa agak sukar untuk kelabnya itu membawa Neymar dalam perpindahan kali ini. Dan pengurus itu merasakan skuad yang ada cukup bagus untuk bersaing dalam 4 pertandingan musim ini.

Perkara ini dilaporkan telah menarik perhatian Real Madrid. Seteru utama Barcelona itu sekali lagi dikaitkan dengan Neymar.

Laporan di Perancis juga menyatakan PSG buat masa ini lebih senang untuk menjual Neymar ke Real Madrid selepas Barcelona menunjukkan mereka seolah-olah tidak terdesak mahukan Neymar.

Le Parisien melaporkan PSG mungkin akan mempertimbangkan tawaran harga serendah €200 juta untuk menjual Neymar ke Real Madrid. Ianya kerugian €22 juta daripada angka mereka bayar untuk mendapatkan Neymar beberapa tahun lalu.

PSG juga membuka pintu kepada Real Madrid untuk mendapatkan Neymar secara pinjaman terlebih dahulu, dengan harapan PSG dan Real Madrid akan dapat memujuk Neymar ke Bernabeu.

Di kem Barcelona, ada beberapa pemain mendengar akan berita Real Madrid mahukan Neymar. Carles Alena misalnya, beliau menyatakan ianya pasti sukar untuk menerima hakikat jika benar Neymar akan memakai jersi Real Madrid selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN