Barcelona dilaporkan sangat berminat untuk menandatangani empat pemain yang bakal tamat kontrak bersama kelab masing-masing pada musim panas ini.
Antara pemain yang ada dalam senarai tersebut adalah penjaga gol Ajax, Andre Onana, Cesar Azpilicueta, Andreas Cheistensen dan bintang Manchester United, Edinson Cavani.
Kesemua pemain di atas bakal tamat kontrak pada musim panas akan datang dengan mereka kini hanya tujuh bulan sahaja lagi tempoh bersama kelab.
🗣️[ @ffpolo🥇] | FC Barcelona is also working with discretion to sign players who will be free next summer. Edison Cavani, Andre Onana, Christensen and Azpilicueta are on the Blaugranas list. There has also been contacts with Franck Kessie by the Blaugranas. #FCBlive pic.twitter.com/eYbBxMqZPi
— BarçaTimes (@BarcaTimes) December 3, 2021
Menurut sumber laporan dari MARCA, Barcelona akan sekali lagi mencari pemain bebas ejen dalam pasaran pemain pada musim panas ini dek kerana kedudukan ekonomi mereka yang masih belum stabil.
Gergasi Catalan itu pada musim panas sebelum ini mereka telah menandatangani pemain bebas ejen seperti Memphis Depay, Sergio Aguero dan Eric Garcia.
Penjaga gol Ajax, Andre Onana menghabiskan karier muda beliau bersama Barcelona sebelum menyertai Ajax pada musim panas 2015.
Pemain kebangsaan Cameroon itu berjaya berkembang menjadi antara penjaga gol terbaik di benua Eropah selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Ajax.
🚨 | Christensen had a verbal agreement with Chelsea. An 'agents story' changed the situation when Barça showed an interest. Christensen still assures he wants to stay, but Chelsea wants him to sign now.
📰 @FabrizioRomano #Barcelona #Christensen pic.twitter.com/j5Ypu4fo6A
— Blaugrana News (@BlaugranaCF) December 1, 2021
Beliau kini sudah membuat lebih dari 200 penampilan bersama Ajax dan turut diintai oleh beberapa kelab gergasi benua Eropah yang lain.
Onana dilaporkan mahu mencari pengalaman baru bersama kelab lain selepas kontraknya tamat dan beliau sudah hampir pasti untuk tolak tawaran kontrak baru dari kelab.
Barcelona dilaporkan mahu membawa masuk pemain berusia 25 tahun itu untuk dijadikan sebagai back up kepada Marc Andre Ter Stegen.
Bintang Chelsea, Cesar Azpilicueta dan Andreas Cheistensen juga sedang memasuki bulan-bulan terakhir beliau bersama kelab, dengan mereka juga sepertinya tiada perancangan untuk menandatangani kontrak baru.
🔄 (AZPILICUETA): Barcelona like César Azpilicueta a lot due to his experience, versatility and performances at the highest level.
• His contract with Chelsea ends at the end of the season and he could return to La Liga.
• Xavi also knows him well.
Via (🟢): @ffpolo [md] pic.twitter.com/gjyg2q36Qh
— Barça Buzz (@Barca_Buzz) December 3, 2021
Azpilicueta pada ketika ini jelas sekali dianggap sebagai legenda kelab dan turut dikenali sebagai salah seorang pemain Chelsea yang paling konsisten.
Pemain veteran Sepanyol itu juga dilaporkan telah menerima tawaran lanjutan kontrak selama satu tahun bersama The Blues.
Andreas Cheistensen merupakan salah seorang pemain paling berprestasi sejak dari awal Chelsea dikendalikan oleh Thomas Tuchel pada Januari lalu.
The Blues dilaporkan telah menawarkan peluang untuk Christensen tandatangani kontrak baru selama tiga tahun bersama kelab, namun pemain berusia 25 tahun itu meminta kontrak selama empat tahun.
Penyerang Manchester United, Edinson Cavani pada ketika ini bergelut dengan masalah prestasi bersama Red Devils dan beliau juga tidak mendapat minit permainan yang secukupnya.
He has struggled to make appearances for Man United this season #MUFC #FCB
— talkSPORT (@talkSPORT) December 3, 2021
Masalah kecederaan dan ditambah pula dengan kehadiran Cristiano Ronaldo pada musim panas lalu menyebabkan Cavani semakin sukar untuk mendapat tempat di Old Trafford.
Barcelona bakal menandatangani Edinson Cavani dan seorang defensive midfielder pada jendela perpindahan Januari nanti.
Barcelona sangat terdesak untuk mendapatkan pemain penyerang berprofil tinggi selepas Sergio Aguero mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak.
Luuk de Jong dan Martin Braithwaite dilaporkan tiada dalam perancangan pengurus baharu kelab, Xavi Hernandez dan kerana itulah Barca mahu mencari pemain baru pada Januari ini.
Pemain penyerang Manchester United itu berminat untuk meninggalkan kelab dan beliau juga turut dikaitkan dengan bakal menyertai Boca Juniors.
🥈 • #Liverpool are prepared to double #Barcelona's €15million offer for Franck Kessie. He is set to leave AC Milan for free next summer.
Source: @elnacionalcat pic.twitter.com/1m32OXVPQz
— LFC Transfer Room (@LFCTransferRoom) October 12, 2021
Barcelona boleh mendapatkan pemain berusia 34 tahun itu pada jendela perpindahan Januari ini, dengan mereka dilaporkan sudah menghantar wakil untuk berunding.
Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez dikatakan turut berminat untuk mendapatkan khidmat pemain di posisi defensive midfielder pada jendela perpindahan Januari nanti.
Gergasi Catalan itu sedang dalam usaha untuk mencari pengganti kepada Sergio Busquets dengan Franck Kessie dilaporkan menjadi sasaran mereka untuk ditandatangani pada jendela perpindahan Januari ini.
[@ffpolo | FC Barcelona is also working with discretion to sign players who will be free next summer. Edison Cavani, Andre Onana, Christensen and Azpilicueta are on the Blaugranas list. There has also been contacts with Franck Kessie by the Blaugranas.#FCBlive #Transfers
— Liko (@hyrulnux) December 3, 2021
Kontrak Kessie bersama AC Milan akan tamat pada musim panas akan datang maka Barca boleh mula berunding untuk mendapatkan khidmatnya pada Januari ini.
Barcelona pada ketika ini hanya mampu untuk mencari pemain-pemain bebas ejen sahaja untuk menambah baik skuad sedia ada, memandangkan ekonomi kelab sangat teruk pada ketika ini.