Ia bukan perkara mengejutan berita Lionel Messi meninggalkan Barcelona terus mendominasi bahan berita akhbar-akhbar di seluruh dunia.
Hari ini secara rasmi pemain terbaik dunia itu meninggalkan Barcelona selepas 21 tahun bersama. Linangan air mata turut mengiringi pemergian pemain terbaik sepanjang zaman gergasi Catalonia itu.
“[Perpisahan] ini amat sukar, dan saya tidak bersedia ia berlaku. Musim lalu saya amat yakin untuk pergi, tetapi tahun ini kami mahu kekal, saya dan keluarga mahu terus berada di sini, di rumah kami,” kata Messi dalam ucapan meraikannya di Barcelona pada hari ini.
Lionel Messi explains why he can't stay at Barcelona 🥺 @brfootball pic.twitter.com/MFFCI5RPG2
— Bleacher Report (@BleacherReport) August 8, 2021
“Selepas 21 tahun, saya pergi bersama tiga anak kelahiran Catalan-Argentna. Kami telah lama menetap di bandar ini, di sinilah kediaman kami. Saya amat bersyukur untuk segalanya, rakan sepasukan, dan setiap individu di sisi saya.
“Saya telah memberikan sebaik yang mungkin sejak hari pertama tiba di kelab ini sehingga ke hari terakhir. Saya tidak pernah bayangkan akan mengucapkan selamat tinggal kerana saya tidak pernah memikirkannya. Apa yang pasti ialah saya telah melakukan segalanya [untuk terus kekal], dan Barca tidak boleh berbuat demkian kerana [peraturan] La Liga.”
Laporta salahkan situasi kewangan
La Liga mempunyai peraturan kawalan ekonomi (ECP) yang ketat untuk kelab-kelab bertanding, dan Presiden Barcelona, Joan Laporta menyalahkan situasi yang dialami kelab pada hari ini adalah disebabkan kegagalan pengurusan lama menguruskan kewangan dengan baik.
Barcelona dikatakan mempunyai hutang melebihi angka €1 billion, dan perbelanjaan berdasarkan bajet tahunan pula mencecah 110% – jauh daripada jumlah yang ditetapkan oleh ECP iaiti 70% daripada nilai perolehan tahun sebelumnya.
Barça president Laporta: “We had an agreement with Messi to sign a five-years contract but paying him two years salary. Leo agreed the contract, it was ACCEPTED. We were convinced it was a good agreement for Financial Fair Play but… it wasn’t allowed by La Liga”. 🔴 #Messi pic.twitter.com/8QAqRskewL
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 6, 2021
Usaha Barcelona untuk mengunjurkan keadaan kewangan turut menemui jalan buntu selepas usaha menjual beberapa pemain seperti Philippe Coutinho, Antoine Griezmann, Samuel Umtiti dan Ousmane Dembele menemui jalan buntu.
Usaha melakukan pemotongan beberapa pemain utama turut gagal menemui jalan penyelesaian – menyebabkan Messi terpaksa mengorbankan Messi.
Ada kaedah lain
Namun mengikut pendedahan La Vanguardia, kegagalan mengekalkan Messi di Barcelona juga disebabkan keengganan kelab tersebut menerima tawaran La Liga berkaitan CVC. Perkara itu dibentangkan sendiri oleh Preside La Liga, Javier Tebas kepada Laporta sendiri pada 14 Julai lalu – selepas kedua-duanya berjumpa untuk makan malam.
CVC adalah sebuah ekuiti persendirian yang menjana pelaburan berjumlah €2.7 billion kepada La Liga, dengan 90% daripada wang akan disalurkan terus kepada kelab-kelab bertanding.
Barcelona's bid to register Lionel Messi's new contract with La Liga has been handed a boost after the league announced a cash injection of €2.7 billion from private equity firm CVC.
Around 90% of the money will go directly to Spanish clubs. https://t.co/xVpbjg1AUG
— ESPN FC (@ESPNFC) August 4, 2021
15% daripada jumlah yang diterima setiap kelab boleh digunakan untuk tujuan mendapatkan pemain baharu dan membantu kelab mengukuhkan struktur gaji pemain.
Senario ini akan membenarkan Barcelona memiliki lebihan sebanyak €40 juta, sekaligus sokongan daripada Tebas untuk mendaftarkan Messi. CVC dipercayai memiliki klausa menghalang pengibatan Barcelona dengan Super League – perkara di mana pendirian Barcelona dicabar.
📱| Tebas: “On the 14th of July, Laporta and I had dinner and discussed the CVC deal. At the time, he agreed to it and was excited for Messi’s renewal. He had to pick between the CVC deal, or to continue with the Super League project and let go of Messi. He chose the latter.” pic.twitter.com/cdIFNs8MbL
— BarçaTimes (@BarcaTimes) August 8, 2021
Secara keseluruhan situasi tersebut mungkin tidak semudah seperti yang kita fahami. Pada Jumaat lalu, Laporta berkata beliau tidak sanggup untuk menggadai masa depan kelab hanya disebabkan untuk mengekalkan seorang pemain.
Kenyataan tersebut besar kemungkinan berkaitan dengan tawaran oleh Tebas berkaitan CVC. Hari ini Tebas dan Laporta saling menuding jari, menyalahkan satu sama lain untuk perkara yang telah berlaku.
PSG menanti
Perpindahan Messi ke PSG semakin menjadi kenyataan. Semua pihak di PSG, terutama penyokong pasti gembira dengan perkembangan ini.
Menurut laporan beberapa akhbar dan media Perancis, Lionel Messi dipercayai akan menerima tawaran lumayan sebesar €40 juta setahun (selepas cukai) di PSG.
Leo Messi confirmes: “Paris Saint-Germain is a possibility, yes. At the moment nothing is confirmed, I received lot of calls after Barcelona statement. We’re talking about it”. 🔴🇦🇷 #PSG #Messi
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 8, 2021
Laporan sama turut mengesahkan Messi akan kekal menjadi pemain bola sepak profesional dengan pendapatan tertinggi di dunia, apabila PSG sanggup membayar pemain itu sebanyak €769,000 seminggu.
Secara keseluruhan, kontrak Messi bersama PSG boleh mencapai angka €120 juta untuk tempoh tiga tahun tersebut, dan ini tidak termasuk bayaran bonus atau yuran perjanjian kontrak yang dipersetujui kedua-dua pihak.
Kontrak Messi ini dijangka akan disahkan dalam tempoh terdekat.