Naib Presiden Barcelona, Rafa Yuste telah mengesahkan bahawa pihaknya telah berhubung dengan wakil Lional Messi untuk kemungkinan membawa pulang legenda kelab tersebut ke Nou Camp pada musim panas ini.
Pemenang Piala Dunia 2022 itu menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dengan kontrak selama dua tahun pada 2021 selepas kontraknya barsama Barcelona gagal diperbaharui disebabkan masalah kewangan.
Memahami Peraturan Kawalan Ekonomi La Liga Yang Memisahkan Messi Dengan Barcelona
Bardasarkan klausa kontraknya bersama kelab Perancis berkenaan, beliau mempunyai pilihan sambungan kontrak selama setahun.
Namun PSG berdepan kesukaran untuk mengekalkan pemenang anugerah Ballon d’Or 2022 itu yang turut dipancing oleh kelab-kelab Major League Soccer (MLS) dan Arab Saudi.
Bagaimanapun Barcelona tentunya yakin untuk membawa pulang Messi ke Catalan di mana beliau telah menumpahkan kudratnya selama 21 tahun.
Tambahan pula, Yuste yang mewakili pengurusan kelab telah pun membuat kenyataan bahawa Barcelona telah pun berhubung dengan Messi dan pastinya penyokong Blaugarana tidak sabar untuk menantikan kepulangan pemain kesayangan mereka.
“Leo dan keluarganya tahu kasih sayang saya terhadap mereka. Saya turut serta dalam rundingan untuk mengekalkannya sebelum ini, malangnya ia tidak berjaya,” ujar Yuste.
Barcelona VP Rafa Yuste confirmed the club are in contact with Lionel Messi about bringing him back when his contract with PSG expires in June 👀
(via @samuelmarsden, @moillorens) pic.twitter.com/aVdgztekSW
— ESPN FC (@ESPNFC) March 31, 2023
“Saya sangat kecewa Leo tidak dapat teruskan kariernya di kelab. Jika anda bercakap tentang La Masia, tentunya ianya tentang Messi. Sudah tentu saya mahu lihat dia kembali, begitu juga dengan penyokong kerana setiap cerita indah dalam kehidupan perlu berakhir dengan gembira.
“Dan kami pula sangat menyayangi Messi dan saya pasti Messi juga sangat menyayangi Barca dan bandar Barcelona. Kami sudah menghubunginya, ya.”
Namun begitu, pengesahan Yuste tersebut tidak disambut oleh pengurus kelab Xavi yang menegaskan beliau hanya fokus kepada skuad sedia ada.
“Ini bukanlah masanya untuk bercakap tentang kepulangan Leo. Saya adalah sahabatnya dan saya sering bercakap dengannya, tetapi ini bukan masanya untuk bercakap tentang dia,” ujar Xavi ketika ditanya wartawan tentang bekas rakan sepasukannya itu.
“Sama ada ia baik untuk Messi atau kelab, ia bergantung kepada perbincangan kedua-dua pihak. Meskipun kami mempunyai hubungan persahabatan, tetapi masih jauh untuk mengatakan ianya telah selesai.
Xavi bagaimanapun mengakui gembira jika dapat melihat Messi beraksi kembali di Barcelona dan mengakhiri kariernya di Nou Camp dan semua orang pastinya teruja untuk melihatnya ia menjadi realiti.
“Semoga saya boleh melihat Leo sekali lagi di Barca dengan kapasiti tertentu. Saya kan menjadi orang pertama yang meraikan kepulangannya. Ini adalah kelab dalam hidupnya dan dia adalah pemain terbaik dalam sejarah kelab. Tapi kini bukan masa untuk bercakap mengenainya.
“Kami ada hanya berjarak sebulan sahaja lagi untuk memenangi dua kejuaraan, jadi sebaiknya kami tak perlu bercakap mengenai kemungkinan kepulangan Messi.
“Lebih baik kami memberi tumpuan kepada Elche, Real Madrid dan pasukan-pasukan lain yang akan datang.”