Barcelona Pening, Arda Turan Digantung 16 Perlawanan Kerana Tolak Pembantu Pengadil

Pemain tengah Barcelona yang dipijamkan ke Basaksehir, Arda Turan menerima hukuman berat digantung 16 perlawanan dan juga denda gara-gara menolak pembantu pengadil.

10 perlawanan adalah kerana kesalahan menyerang pembantu pengadil. 3 lagi penggantungan adalah kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada pembantu pengadil, dan 3 lagi penggantungan adalah kerana ugutan ke atas pembantu pengadil.

Arda Turan memaki hamun penjaga garisan yang tidak memberikan faul kepada beliau. Walaupun ulang tayang menunjukkan penjaga garisan melakukan perkara yang tepat. Arda Turan turut didenda £7,000 ataupun 39,000 lira.

Penggantungan ini pastinya membuatkan Barcelona pening kerana ia akan membuatkan mereka sukar untuk menjual Arda Turan secara tetap ke Basaksehir.

Jika Basaksehir mahu mendapatkan Arda Turan, mereka mungkin tidak akan menepati valuasi harga yang dikehendaki oleh Barcelona kerana penggantungan 16 perlawanan itu.

Arda Turan menyertai Basaksehir pada Januari lalu dan kedua-dua kelab ada memasukkan klausa pembelian tetap. Barcelona ketika itu tidak mampu mendapatkan angka yang mereka mahukan kerana Arda Turan sangat kurang aksi.

Namun Barcelona tetap harga mereka tersendiri untuk Arda Turan. Jadi, kedua-dua kelab bersetuju untuk memeterai perjanjian pinjaman dengan harapan Barcelona mendapat bayaran yang mereka kehendaki.

Barcelona membelanjakan £30 juta untuk mendapatkan pemain ini daripada Atletico. Namun pada musim pertama, Arda Turan digantung 6 bulan kerana ada salah laku dalam pembelian Arda Turan ketika itu.

Sejak menyertai Barcelona, karier Arda Turan merudum di peringkat kelab dan negara. Beliau pastinya mahu menggunakan tempoh pinjaman di Basaksehir untuk menghidupkan kembali karier beliau.

Barcelona pastinya sedar, agak sukar untuk mereka menjana keuntungan ataupun pulangan modal daripada Arda Turan. Namun mereka sudah pastinya mahu mengurangkan kerugian daripada angka itu.

Basaksehir sendiri tidak mendapatkan aksi terbaik daripada Arda Turan buat masa ini. Ditambah dengan penggantungan panjang, segalanya nampak sukar untuk Barcelona mendapatkan harga yang mereka mahukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN