Barcelona membuat kenyataan rasmi mengesahkan yang Neymar ditemani ayahnya telah meminta untuk berpindah (transfer request) untuk menyertai PSG.
Laporan RC1 menyebut Neymar dibenarkan untuk meinggalkan pusat latihan awal pagi tadi juga benar. Barcelona dalam kenyataan rasmi di laman sesawang mereka berkata:
“Pemain bernama Neymar Jr, dengan ditemani oleh ayahnya dan ejen telah memaklumkan Barcelona pagi ini keinginan beliau untuk berpindah.”
“Pertemuan itu berlangsung di pejabat kelab. Dengan posisi yang ada, kami diberitahu yang mereka mahu menggunakan polisi klausa perlepasan pada 1 Julai, bernilai €222 juta yang ada pada kontrak akan didepositkan pada kami sepenuhnya.”
“Mereka juga menuntut bonus kerana melanjutkan kontrak sebelum ini.”
(Nota editor: Ayah Neymar berhak mendapat bonus kesetiaan pada Isnin lalu, jika pemain itu kekal sebelum tarikh tersebut. Bonus bernilai €25 juta.)
“Buat masa ini, pemain ini masih pemain Barcelona FC dan diberikan perlepasan sementara untuk tidak terlibat dalam latihan.”
Sebelum ini Presiden PSG sudah memberikan gambaran bahawa segala urusan mendapatkan Neymar berada dalam landasan terbaik. PSG juga sudah menempah majlis khas untuk Neymar semasa pengenalan pemain itu nanti. Dijangka majlis yang sama seperti Ibrahimovic.
Neymar dikatakan mahu menyertai PSG untuk mencipta legasi beliau sendiri di sana, sama seperti Messi di Barca dan Ronaldo di Real Madrid.
Dengan pembelian Neymar ini, ianya adalah rekod perpindahan terbesar dunia. 2 kali ganda lebih daripada angka yang dibayar United untuk Pogba.
Sumber:
1. Samuel Marsden, ESPN FC (2017): Barcelona star Lionel Messi says farewell to PSG-bound Neymar; http://www.espnfc.com/story/3170730/barcelona-star-lionel-messi-says-farewell-to-psg-bound-neymar