Johan Cryuff nyata merupakan individu yang amat disayangi oleh dunia bola sepak amnya dan pasukan Barcelona terutamanya.
Jasa beliau terhadap Barcelona cukup besar dan geliga pemikiran beliau telah menjadi asas kepada bola sepak Barcelona hari ini.
Sempena setahun pemergian beliau tempoh hari, Barcelona telah merencana beberapa projek besar-besar untuk mengabadikan nama Cryuff di Barcelona.
Stadium
Barcelona merancang untuk melakukan projek pembangunan semula Nou Camp secara besar-besar dengan menaikkan kapasiti stadium kepada 105 ribu tempat duduk.
Selain itu, mereka akan menambah beberapa lagi penambahbaikan seperti fasiliti korporat untuk memastikan pengalaman menonton bola sepak di Nou Camp semakin baik.
Selain itu, Barcelona dalam proses membina kompleks latihan baharu dengan terdapat sebuah stadium mini di kompleks tersebut.
Stadium mini itu akan dinamakan sempena nama Cryuff dan ia akan digunakan oleh pasukan remaja Barcelona untuk beraksi.
“Pertama sekali, stadium yang kami mahu bina tak lama lagi di Kompleks Ciutat Esportiva akan dinamakan dengan nama Estadi Johan Cryuff.”
The new stadium at the Ciudad Esportiva training ground will be named after @JohanCruyff. Find out more! https://t.co/Lbv1RKCTmz pic.twitter.com/vEJByVrPKG
— FC Barcelona (@FCBarcelona) March 25, 2017
Pada awalnya, penyokong Barcelona mahukan nama Nou Camp dinamakan semula sempena nama lagenda Belanda itu.
Akan tetapi, Barcelona membuat perancang yang sedikit berbeza dengan menamakan stadium mini mereka dengan nama Cryuff.
Tugu peringatan
Selain itu juga, pihak Barcelona bakal membina tugu khas untuk Cryuff yang bakal dibina dihadapan stadium Nou Camp.
Bukan itu sahaja, Barcelona juga bakal mewujudkan sebuah sudut khas di muzium mereka yang didedikasikan khas untuk bekas pemain dan pengurus Barcelona itu.
Bukan itu sahaja, Barcelona dan keluarga Cryuff bakal menulis surat kepada Majlis Bandaraya Barcelona untuk menamakan semula sebuah jalan yang berdekatan dengan stadium untuk dinamakan atas nama Cryuff.
Kami berharap berdekatan dengan Nou Camp akan ada sebuah bulatan supaya ia boleh dinamakan sebagai ‘Cruyff Turn’ seperti cadangan beliau ini:
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Menarik Beliau Sertai ‘Awaydays’ Ke Osaka