Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu mengesahkan pihak mereka blum lagi berbincang dengan Antonio Griezmann mengenai perpindahan pemain itu ke Nou Camp pada jendela perpindahan musim panas ini.
Bintang Perancis itu seolah-olah mahu mengelakkan diri daripada berbincang perihal menyertai skuad kendalian Ernesto Valverde selepas menzahirkan secara terbuka akan meninggalkan Atletico Madrid pada penghujung musim lalu.
Ia dikatakan turut berpunca daripada minat oleh Paris Saint-germain (PSG) yang dikatakan turut mengintai pemain itu, sebelum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Atletico, Muguel Angel Gil Marin mengembalikan perkhabaran bahawa Griezmann akan menyertai kelab Catalan itu.
Gil Marin dalam satu temuramah bersama Movistar berkata pihak beliau [Atletico] sudah mengetahui destinasi Griezmann yang akan menyertai Barcelona sejak Mac lalu.
Bartomeu bagaimanapun tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan baru-baru ini ketika bersiaran di RAC1 telah berkata:
? El president del @FCBarcelona_cat nega a RAC1 que ja s’hagi tancat un acord amb Griezmann ‼️@EsportsRAC1 https://t.co/Iel0ZlE82I
— RAC1 (@rac1) June 17, 2019
“Tidak ada sebarang pengumuman mengenai Greizmann. Kami sentiasa berkata perkara yang sama. Kami belum pernah berbincang dengan beliau [Griezmann]. Maka ianya tiada apa-apa yang berlaku buat masa ini.
“Kita akan tunggu dan lihat bagaimana pasaran pemain akan berubah dalam tempoh beberapa hari atau minggu yang akan datang.”
Kenyataan dari Bartomeu itu dipercayai berkaitan dengan klausa yang terdapat di dalam kontrak Greizmann yang akan diturunkan mulai 1 Julai hadapan.
Antoine #Griezmann Update:
The perception is that everything will be unblocked after July 1st, when the exit clause will drop from 200 million euros to 120 million.
This also explains the fact that the agreement, which has been reached for several months, will not be formalized. pic.twitter.com/1nU9qBZRh1— Supersport.Al (@AlSupersport) June 17, 2019
Barcelona agak senyap di pasaran pemain sejak mengumumkan ketibaan Frenkie de Jong dari Ajax. Manakala seteru utama mereka di La Liga, Real Madrid sedang rancak berbelanja dalam usaha memperkukuhkan pasukan sejak Zinedine Zidane kembali sebagai pengurus.
Skuad Blaugrana muncul juara La Liga musim 2018/19, namun dikejutkan oleh Liverpool di separuh akhir UEFA Champions League. Senario itu turut membuatkan masa depan Valverde sebagai pengendali menjadi tanda tanya.