Barcelona Mengadu Pengadil El Clasico Seorang ‘Madridista’

Barcelona

Barcelona nampaknya masih belum dapat melupakan kekalahan 1-3 pada pertembungan El Clasico minggu lalu apabila mendakwa bapa kepada pengadil perlawanan tersebut adalah merupakan pengasas kelab peminat Real Madrid.

Keputusan Juan Martinez Munuera yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Real Madrid selepas membuat rujukan Video Assistant Referee (VAR) ketika kedudukan terikat 1-1 membuatkan kem Barcelona berang dengan keadaan tersebut.

Pertikaian itu berlaku berikutan kekasaran yang dilakukan Clement Lenglet terhadap Sergio Ramos dalam kawasan penalti dan kemudiannya ketua pasukan Real Madrid itu mudah menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan Los Blancos kembali di hadapan.

Sehubungan dengan itu, Barcelona menegaskan bahawa keluarga pengadil tersebut mempunyai ‘ikatan’ yang cukup kuat dengan Real Madrid.

Lebih menarik untuk diperkatakan, adik kepada Martinez, Miguel turut bertindak selaku penjaga garisan pada perlawanan yang berlangsung di Nou Camp itu.

Menurut sumber Sport Bible yang memetik laporan daripada media Sepanyol, Juan Roman [bapa Martinez] bukan sahaja merupakan pengasas bersama Kelab Peminat Real Madrid cawangan Benidorm tetapi beliau adalah bekas pengadil liga divisyen tiga Sepanyol yang terkenal kerana memakai baju Real Madrid di dalam seragam pengadilnya.

Susulan dengan perkara tersebut, Barcelona dilaporkan akan mengemukakan bantahan secara rasmi kepada Presiden Sepanyol FA, Luis Rubiales berhubung mutu pengadilan pada perlawanan itu.

El Clasico yang berlangsung tempoh hari nyata mendebarkan apabila dua jaringan terhasil pada awal permainan setelah Federico Valverde membuka tirai jaringan seawal minit kelima sebelum Ansu Fati kembali menyamakan kedudukan berselang tiga minit kemudian.

Jaringan kontroversi menerusi sepakan penalti Sergio Ramos di minit ke-60 meningkatkan lagi moral anak buah Zinedine Zidane untuk mematikan api perjuangan The Blaugrana hasil jaringan Luka Modric.

Kredit featured image: Alex Caparros/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai mutu pengadilan dalam bola sepak:

Mehmet Enggan Salahkan Pengadil, Anggap Selangor Berhak Menang

Penalti Hasil Pengadilan Dengan Bantuan Video (VAR) Yang Pertama!

Analisis: Kontroversi Pengadil Suresh Jayaraman Di Perlawanan Akhir Piala Malaysia

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN