Josep Bartomeu dilaporkan telah bertemu dan makan petang dengan Mauricio Pochettino.
Ianya menguatkan lagi spekulasi bahawa pengurus Tottenham Hotspurs tersebut akan menjadi pengurus baru Barcelona pada musim hadapan.
Ketika bersama RCD Espanyol, Mauricio Pochettino pernah diusik wartawan dengan soalan, adakah suatu hari nanti beliau berminat untuk menguruskan Barcelona.
Pochettino menjawab dia tidak akan menguruskan Barcelona kerana jiwa beliau adalah sebati dengan RCD Espanyol yang merupakan seteru Barcelona.
Baru-baru ini, ada wartawan yang bertanya sekali lagi sama ada beliau masih menolak untuk ke Barcelona?
Pochettino tidak menolak kemungkinan untuk ke Barcelona. Ianya sudah normal di dalam bola sepak untuk pengurus berminat menguruskan kelab sebesar Barcelona.
Laporan SPORT mendedahkan Pochettino telah bertemu dengan Josep Bartomeu. Untuk pengetahuan semua, Pochettino memang ada rumah di Barcelona.
Rumah tersebut dibeli beliau ketika menguruskan Espanyol dahulu.
Pochettino menepati kriteria yang dikehendaki Barcelona dengan falsafah bola sepak moden, laju.
Beliau cemerlang dengan Spurs sejak mengambil alih pasukan tersebut. Musim lalu Spurs bersaing dalam kejuaraan liga.
Buat masa ini, Barcelona ada beberapa senarai. Dan Pengarah Teknikal mereka, Robert Fernandez ditugaskan untuk membuat pilihan terakhir.
Dalam pada itu, Pochettino berkata, beliau antara orang yang diberikan kepercayaan dalam projek baru Spurs.
Dan beliau telah berjanji tidak akan meninggalkan kelab tersebut, selagi-lagi projek tersebut tidak membuahkan hasil.
Baca juga: Frank Leboeuf Kritik Kante Kerana Tidak Ada Karakter Kepimpinan Seperti Pogba