Barcelona Masih Perlu Bayar Hutang Messi Walaupun Tolak Durian Runtuh £238 Juta

Lionel Messi terus membayangi Barcelona terutama dari segi kewangan walaupun pemain itu sudah berhijrah ke Paris Saint-Germain. .

Lionel Messi  sah menjadi milik Paris Saint-Germain (PSG) selepas pemain itu menandatangani kontrak selama dua tahun dengan pilihan tambahan setahun.

Messi terpaksa melupakan Barcelona disebabkan peraturan ketat La Liga enggan menerima kontrak lima tahun yang Barcelona tawarkan untuk pemain itu – disebabkan kedudukan perbelanjaan kelab yang melebihi perolehan.

Menurut laporan beberapa akhbar dan media Perancis, Lionel Messi dipercayai akan menerima tawaran lumayan sebesar €35 juta setahun (selepas cukai) di PSG.

Penyerang Argentina berusia 34 tahun itu belum lagi cergas sepenuhnya namun dijangka akan mengambil bahagian dalam perlawanan pada hujung minggu ini.

Bonus kesetiaan

Walaupun bukan lagi pemain Barcelona dan kini sudah bergelar pemain Paris Saing-Germain, kelab Catalan itu digfahamkan masih perlu membayar £30 juta kepada Lionel Messi sebagai bonus kesetiaan.

Messi akan mendapat wang itu sebagai bonus kesetiaan kerana bermain sehingga kontraknya tamat. ESPN sebelum ini melaporkan, Barcelona perlu membayar wang bonus itu sama ada Messi terus kekal ataupun memutuskan untuk pergi ke kelab lain.

Laporan yang sama melaporkan bahawa terma itu terkandung pada kontrak yang ditandatangani Messi pada 2017 yang menyelitkan klausa bonus kesetiaan bernilai £60 juta.

Messi sudah pun mendapat bonus kesetiaan bayaran pertama bernilai £30 juta sebelum ini. Bakinya pula sepatutnya dibayar pada akhir musim lalu. Ini bermakna Barcelona kini masih berhutang kepada Messi.

Tolak durian runtuh

Dalam perkembangan berkaitan, Barcelona dilaporkan telah menolak durian runtuh bernilai £238 juta dari La Liga kerna tidak bersetuju dengan perjanjian pelaburan baharu.

Perjanjian La Liga dengan sebuah firma pelaburan Amerika Syarikat, CVC dikatakan bernilai £2.3 billion, dan jumlah wang tersebut sepatutnya dibahagikan di kalangan kelab.

Barcelona sepatutnya menerima £238 juta daripada jumlah tersebut – di mana £36 juta dibenarkan untuk menstruktur semula hutang, £166 untuk tujuan pembangunan Nou Camp, dan £36 juta lagi untuk pemain.

Perjanjian tersebut juga membenarkan CVC berhak mendapat 10% dari nilai hak penyiaran bola sepak Sepanyol selama 50 tahun berikutnya, yang ditentang oleh Barcelona, Real Madrid dan Athletic Bilbao.

Perjanjian tersebut tetap akan diteruskan walaupun ditolak oleh tiga kelab tersebut. Real Madrid menjadi kelab pertama yang mengheret CVC ke mahkamah berkenaan isu itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN