Semalam Barcelona dikaitkan dengan beberapa pemain Chelsea. Mereka dilaporkan mahu mendapatkan Willian dengan nilai £60 juta.
Kini Barcelona juga dikatakan mahu mendapatkan bintang tengah Chelsea, N’golo Kante. Sky Sports melaporkan yang perjanjian itu turut akan melibatkan Andre Gomes.
Gomes memang sudah berada dalam senarai jual oleh Barcelona. Arsenal dan Juventus antara kelab yang berminat dengan pemain tersebut.
Untuk perjanjian dengan Chelsea untuk Kante, Barcelona meletakkan valuasi harga Gomes £17.5 juta. Gomes yang berusia 24 tahun telah gagal memberikan impak di Barcelona.
Beliau tidak terlibat dalam pra-musim Barcelona di Amerika Syarikat.
Buat masa ini, Chelsea dilihat tidak mahu melepaskan pemain itu kerana ia adalah aset penting dalam pasukan. N’golo Kante sendiri pernah memberikan komitmen beliau kepada Chelsea.
Kante menyertai Chelsea dengan nilai £32 juta pada Julai 2016 selepas menjadi nadi penting Leicester City dalam kejuaraan EPL penuh epik.
Kante kemudian menjadi arkitek di tengah ketika era Antonio Conte dan membantu Chelsea menjuarai EPL dan Piala FA ketika era pengendali Itali tersebut.
N’golo Kante kini dalam rangka persiapan untuk final Piala Dunia di Rusia. Mereka akan bertemua Croatia pada Ahad ini.