Barcelona akan mengemukakan rayuan terhadap denda sebanyak €300 yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) kerana gagal mengikuti peraturan berhubung perpindahan Antoine Griezmann dari Atletico Madrid.
Keputusan oleh RFEF itu sebenarnya hanya mensabitkan Barcelona dengan kesalahan ringan menurut Artikel 126 badan induk bola sepak Sepanyol itu.
Ia bermakna Barcelona tidak perlu melalui hukuman yang lebih berat seperti beraksi di dalam stadium kosong dalam satu perlawanan, sekaligus menafikan Griezmann sendiri daripada melakukan kesalahan dalam rundingan tersebut.
? Barcelona revenue: $813 million
? Griezmann fine: €300Barca are set to refuse to pay a tiny €300 fine after being found guilty of tapping up Antoine Griezmann this summer…https://t.co/n8JGCv58H8
— SPORTbible (@sportbible) September 26, 2019
Atletico sebelum ini mengheret Barcelona kepada RFEF selepas tidak berpuas hati dengan cara kelab Catalan itu mengendalikan perpindahan penyerang antarabangsa Perancis itu.
“Komiti ini sedar akan nilai €300, jauh dari nilai simbolik sebenar, dan tidak akan menyebabkan kelab terlibat dihukum [sepenuhnya] di dalam kes ini dan juga kelab lain dalam situasi sama pada masa hadapan. Namun ia adalah peringatan kepada semua agar semua kelab mengikuti garis panduan yang ditetapkan,” ujar kenyataan dari RFEF itu.
Namun demikian, Barcelona tetap menafikan mereka telah melakukan kesalahan. Kelab tersebut percaya RFEF tidak mempunyai sebarang bukti untuk melakukan pendakwaan, dan percaya tindakan membayar denda walaupun €300 adalah indikasi mereka telah melakukan kesalahan.
Atletico Madrid ketika memberikan komen mengenai perkara ini, enggan mengulas lebih lanjut, namun berjanji pasukan guaman mereka akan terus bekerja untuk memperjuangkan apa yang sewajarnya berhubung kes ini.