Barcelona Kini Mulakan Langkah Untuk Dapatkan Ousmane Dembele

Pemergian Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG) telah membuka ruang untuk pelbagai gosip – siapakah pengganti beliau?

Pelbagai nama muncul ketika gosip ini dimainkan. Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele antara pemain yang sering menjadi sebutan.

Pemain muda Borussia Dortmund ini menjadi sasaran kelab utama La Liga itu walaupun sebelum ini menzahirkan kesetiaan untuk terus kekal dan mencari pelbagai kejuaraan bersama-sama Borussia Dortmund.

Akan tetapi, menurut sumber Barcelona telah melakukan gerak langkah untuk mendapatkan Dembele dengan jumlah wang yang besar ditawarkan kepada kelab Jerman itu.

Barcelona dikatakan telah menawarkan yuran perpindahan yang cukup hebat untuk membuatkan Borussia Dortmund mengatakan tidak kepada tawaran tersebut apabila mereka menawarkan €70 juta.

Sambil itu, mereka juga menawarkan beberapa bonus tambahan kepada Borussia Dortmund untuk memastikan perpindahan itu berjaya direalisasikan.

Dembele merupakan antara pemain muda utama di Eropah ketika ini selepas menunjukkan prestasi cemerlang dengan menyumbang 10 gol dan 21 bantuan gol untuk kelab tersebut.

Beliau juga diminati ramai diatas kebolehan beliau menggunakan kedua-dua belah kaki dengan cukup baik.

Sumber:

  1. 101Goals (2017): Di Marzio: Barcelona have made an official offer for Ousmane Dembele; http://www.101greatgoals.com/news/dimarzio-barcelona-made-official-bid-ousmane-dembele/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN