Mungkinkah Messi & Barcelona Akan Muncul Juara EPL Pada Masa Hadapan?

Masa hadapan kelab Barcelona berikutan kes menuntut kemerdekaan daripada Catalonia adalah sesuatu yang tidak pasti. Demikianlah kenyataan Menteri Sukan Catalonia, yang turut mencadangkan agar kelab-kelab dari Catalonia untuk beraksi di England, Perancis atau pun Itali.

Kerajaan Catalonia bercadang untuk memberi tekanan untuk tujuan tuntutan kemerdekaan daripada Sepanyol dengan menyerahkan sebuah referendum pada Ahad. Bagaimanapun, niat Catalonia itu ditentang oleh kerajaan Sepanyol.

(Photo by Miquel Llop/NurPhoto via Getty Images)

14 pegawai kerajaan telah ditahan pada minggu lepas oleh pihak berkuasa di Sepanyol, dan kertas undi terdahulu turut dirampas berikutan kebimbangan terdapatnya penyelewengan.

Barcelona yang selama ini menyatakan pendirian mereka adalah bersama-sama dengan rakyat Catalonia bagaimanapun mengkritik penahanan dan rampasan oleh pihak berkuasa Sepanyol.

Presiden La Liga, Javier Tebas lantang dengan kenyataan bahawa 3 kelab Catalonia yang beraksi di La Liga sekarang, iaitu Barcelona, Espanyol dan juga Girona tidak akan beraksi di La Liga jika Catalonia berjaya mendapatkan kemerdekaan.

(Photo by David Ramos/Getty Images)

Kenyataan dari Tebas dipercayai untuk memberi tekanan kepada Catalonia untuk memikirkan nasib kelab-kelab yang berpengkalan di wilayah itu yang telah mencapai pelbagai kejayaan di La Liga, terutamanya Barcelona.

Menteri Hal Ehwal Sukan Catalonia, Gerard Figueras dipetik sebagai berkata:

“Perkara terbesar yang tidak diketahui kini ialah nasib yang akan menimpa kelab-kelab profesional. Di manakah kelab dari Catalan terutamanya Barcelona akan bersaing? Seluruh dunia sangat obses dengan isu ini sekarang.”

“Tidak ada jawapan yang pasti. Ada pihak yang telah bersuara mengatakan pelbagai jenis akibat, namun ia juga tidak tepat. Ini kerana saya percaya senario baru akan muncul, dan kita akan mulaikan rundingan.”

(Photo credit should read QUIQUE GARCIA/AFP/Getty Images)

“Jika Catalonia berjaya menuntut kemerdekaan, sudah tentu kelab dari Catalonia harus memikirkan bagaimana mereka akan meneruskan persaingan.”

“Ia boleh jadi terus beraksi di La Liga atau pun di negara-negara lain seperti Itali, Perancis atau pun ke EPL. Selepas kelab-kelab tersebut memutuskan di mana mereka mahu beraksi, maka kita akan memulakan rundingan yang saya maksudkan dengan persatuan dan badan-badan berkenaan dengan penganjuran liga di negara-negara berkenaan.”

Figueras turut berkata adalah satu perkara yang wajar untuk mengekalkan Barcelona, Espanyol dan juga Girona di dalam La Liga selagi ia memenuhi keperluan semua pihak.

Walaupun Tebas kedengaran agak tegas dengan pendiriannya, Barcelona terus mempercayai bahawa mereka boleh kekal beraksi di La Liga tanpa mengira keputusan tuntutan kemerdekaan daripada Catalonia.

(Photo by Eric Alonso/Action Plus via Getty Images)

Seperti Real Madrid, Barcelona juga merupakan salah sebuah kelab yang menaikkan nilai komersil dan juga kewangan La Liga. Sebarang tindakan untuk menyingkirkan Barcelona pasti dianggap tindakan yang kurang bijak.

“Untuk isu ini, bukan hanya pendapat Tebas yang harus diambilkira. Tebas harus terlebih dulu perlu merujuk kepada jawatankuasa sedia ada, mendapatkan pendapat kelab-kelab lain di La Liga, dan juga mengambil kira segala faktor lain seperti kontrak dan prihal ekonomi.”

Barcelona tidak akan dianggap melanggar peraturan jika terus beraksi di La Liga. Sebuah kelab daripada Andorra turut beraksi di dalam salah satu peringkat piramid bola sepak di Sepanyol.

(Photo by David Ramos/Getty Images)

Malah kelab berlainan negara beraksi di liga asing bukanlah perkara baru di Eropah. Monaco beraksi di Ligue 1, Perancis. Manakala Swansea (Wales) turut beraksi di EPL.

Mungkinkah kita akan menyaksikan Barcelona menidakkan saingan daripada Arsenal, Liverpool, Manchester City, Manchester United, Chelsea atau pun Tottenham Hotspur untuk menjulang trofi EPL satu hari nanti?

Sumber:

1. Samuel Marsden, ESPN FC (2017): Catalan independence make Barca’s La Liga future ‘unknown’ – sports minister; http://www.espnfcasia.com/spanish-primera-division/story/3216477/catalan-independence-make-barcelonas-la-liga-future-unknown-sports-minister

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN