Barcelona bakal memulakan kempen La Liga mereka musim ini dengan mengenang para mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas di Barcelona.
Serangan yang berlaku itu terhasil selepas sebuah van berwarna putih melanggar orang awam di sebuah tempat tumpuan orang ramai iaitu di La Rambla.
Hasilnya, 14 orang awam terkorban.
Selain itu, terdapat 100 orang awam terkorban selepas pihak polis terlibat dengan insiden tembak menembak dengan 5 pengganas yang kemudiannya ditembak mati.
Turut menumpang sedih diatas peristiwa hitam itu, Barcelona yang akan memulakan kempen La Liga mereka menentang Real Betis akan mengenakan sedikit kelainan di jersi yang akan dipakai mereka.
Lazimnya, di belakang jersi para pemain Barcelona namun begitu untuk perlawanan kali ini nama pemain akan digantikan dengan nama ‘Barcelona’.
Ia sebagai simbolik kepada memperingati mangsa serangan pengganas yang terkorban dan cedera di sana.
Selain itu, di hadapan jersi akan tertera tanda pagar (hashtag) #TotsSomBarcelona atau maksudnya ‘Kita Semua Barcelona’ (We Are All Barcelona).
Selain itu juga, turut akan diadakan adalah tafakur seminit bagi memperingati mangsa-mangsa serta para pemain Barcelona akan menyarung lilitan lengan berwarna hitam sebagai tanda berkabung.
Simpati dan takziah buat semua yang terkorban di Barcelona, semoga keluarga si mangsa tabah hadapi dugaan ini.
Sumber:
- Barcelona (2017): Los jugadores del primer equipo lucirán ‘Barcelona’ en lugar de su nombre en el partido contra el Betis; https://www.fcbarcelona.es/futbol/primer-equipo/noticias/2017-2018/camiseta-betis-apoyo-victimas-atentado-de-barcelona
- ABC News (2017): 5 ‘terrorists’ dead in Spain police shootout after attacks that killed 14, injured 100; http://abcnews.go.com/International/truck-hits-pedestrians-busy-barcelona-street/story?id=49272618