Barcelona Akan Teruskan ‘Espai Barca’, Sebuah Projek Pembangunan Nou Camp

Barcelona telah berjaya mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa tempatan untuk melaksanakan pengubahsuaian terhadap Nou Camp melibatkan kos berjumlah €600 juta.

Pegawai terlibat secara dasarnya telah bersetuju untuk pembangunan Nou Camp yang moden, sesuai dengan perkembangan dan keperluan pendahulu La Liga itu.

(Photo by Dave Winter/Icon Sport)

Pelan projek tersebut akan dihantar kepada Majlis Perbandaran, sebelum ianya diserahkan kepada Kerajaan Wilayah Catalan untuk tujuan kelulusan akhir.

“Ia merupakan satu projek yang menjadi mercu tanda masa hadapan kelab ini dan bandar Barcelona dan kebanggan penduduk di kawasan ini,” ujar Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu pada Khamis lalu.

“Ia adalah projek yang mementingkan keseimbangan dengan mengambilkira kepentingan kelab dan bandar ini. Kita boleh katakan Nou Camp akan menjadi satu kawasan yang lebih terbuka dan mesra untuk dikunjungi oleh orang awam, dengan menekankan aspek kepentingan alam sekitar turut diwujudkan,” jelas Bartomeu lagi.

( (Photo credit should read LLUIS GENE/AFP/Getty Images)

Barcelona boleh menarik nafas lega mengenai perkembangan terbaru ini, dengan pihak kelab mengimpikan Nou Camp yang baharu menjelang 5 tahun akan datang.

‘Espai Barca’, adalah projek pembangunan menyeluruh membabitkan penambahbaikan terhadap Nou Camp, pejabat induk kelab, dan kawasan persekitaran.

Venue baharu untuk pasukan simpanan Barcelona B beserta kemudahan sukan lain untuk sukan bukan bola sepak turut termasuk di dalam projek yang serupa sebuah perkampungan sukan dengan jenama Barcelona.

Ubahsuai kepada Nou Camp akan menjadikan stadium bersejarah berkenaan akan memiliki kapasiti 105,000 sepenuhnya berbumbung, laluan masuk yang lebih mudah, tempat duduk VIP yang moden, dan restoran-restoran.

(Photo credit should read LLUIS GENE/AFP/Getty Images)

Stadium The Miniestadi yang terletak di seberang Nou Camp turut akan dirobohkan dan diganti dengan Palau Blaugrana, sebuah kompleks yang terdiri daripada gelanggang bola keranjang, bola baling, hoki dan futsal.

Manakala Barcelona B akan berpindah ke Estadi Johan Cruyff yang memiliki kapasiti sekitar 6,000 penonton dan terletak 8KM daripada Nou Camp.

Sebuah jambatan penghubung yang canggih turut akan dibina di antara Palau Blaugrana dan Nou Camp, untuk memudahkan pejalan kaki, dan sebuah komplejs besar turut akan dibina di antaranya yang akan meletakkan pejabat kelab, ruang perniagaan dan restoran.

Projek berkenaan yang dianggarkan bernilai €600 juta, turut akan mendapatkan dana melalui penjualan hak penamaan stadium Nou Camp kepada penaja yang berkenan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN