Juara La Liga musim lalu, Barcelona bercadang untuk mengubah logo yang telah diguna pakai oleh kelab dari Catalan itu sejak 2002.
Sebelum itu Barcelona telah memperkenalkan logo tersebut untuk kegunaan 2019/20, dan hanya akan digunapakai selepas persetujuan ahli kelab tersebut.
Perubahan terbesar pada logo baru tersebut ialah ketiadaan tulisan ‘FCB’, yang terpampang di bahagian tengah logo berbentuk perisai.
The updated crest:
✅ The shape is kept intact.
✅ The FCB acronym disappears.
✅ The internal black lines disappear.
✅ More homogeneous, more harmonious, and brighter.
✅ To be applied beginning with the 2019/20 season. pic.twitter.com/xIurAqtF8l— FC Barcelona (@FCBarcelona) September 27, 2018
Perubahan lain ialah ketiadaan garisan hitam di bahagian dalam logo tersebut. Jumlah belang tanda siimbol Blaugrana turut dikurangkan dari tujuh kepada lima, dengan keseluruhan logo tampil lebih terang.
Kedudukan bola di bahagian tengah logo turut diberikan perhatian dalam perubahan yang dilakukan.
Loho tersebut sudah pun mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah kelab tersebut, namun harus menanti undian oleh ahli berdadtar kelab pada 20 Oktober hadapan untuk ianya diumumkan secara rasmi.
This is the proposed update to the Barça crest, subject to member approval
?? pic.twitter.com/csIHvX2ZyS— FC Barcelona (@FCBarcelona) September 27, 2018
Jika ia mendapat kelulusan, ini bermakna perubahan ini adalah pertama kali dilakukan sejak 2012. Secara keseluruhan logo Barcelona FC telah melalui 10 perubahan sebelum ini.
Ini juga buat pertama kali sejak 1910, tiada tulisan FCB atau CBF tampil pada logo rasmi kelab tersebut.