Barcelona Buru Khidmat Bintang Muda Corinthians, Pedrinho

Bintang muda Corinthians yang beraksi di posisi tengah menyerang, Pedrinho dilaporkan telah menarik perhatian kelab gergasi Sepanyol, Barcelona yang sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Berdasarkan laporan daripada media Amerika Selatan, Corinthians meletakkan harga 25 juta pound (RM121 juta) kepada pemain berusia 20 tahun itu yang dikatakan turut menarik minat Paris Saint-Germain (PSG) dan Shakhtar Donetsk.

https://twitter.com/FCBarcelonaFl/status/1042882727702347777

Ini bukan kali pertama Barcelona dikaitkan dengan Pedrinho, kerana mereka hanya menunggu persetujuan bersama mengenai kontrak bersama Corinthians.

Pedrinho bagaimanapun dalam temuramah dengan Tifo Football pada Mei lalu tidak menunjukkan sebarang isyarat mahu meninggalkan Corinthians.

https://twitter.com/eplfeeds/status/1042891180919316482

“Saya mahu mendapat tempat dalam skuad utama Corinthians, sekurang-kurangnya untuk beberapa musim terlebih dahulu,” katanya.

“Tempat saya dalam skuad utama belum lagi terjamin dan saya mahu mengambil sedikit masa di sini sebelum memikirkan untuk berhijrah ke kelab lain.”

Pemain muda itu sudah menerima banyak tawaran besar meskipun dia menyatakan tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

“Saya tidak boleh memberitahu anda. Secara jujurnya saya tidak tahu. Saya tidak bersedia untuk meninggalkan Corinthians dan saya tidak mahu pergi lagi buat masa ini apatah lagi ke China.

“Jika saya mahu meninggalkan Corinthians satu hari nanti, saya mahu pergi ke kelab Eropah, itu impian mana-mana pemain Brazil.

Barcelona kerap menjadikan pemain Brazil sebagai sasaran perpindahan apabila membeli Paulinho pada musim panas lalu, sebelum mendapatkan Philippe Coutinho (Januari) dan kemudian Arthur serta Malcom (Julai).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN