Barcelona Buat Perjanjian, Bayar €15 Juta Kepada Atletico Untuk Selesai Kes Griezmann

Barcelona dan Atletico Madrid dilaporkan memilih jalan untuk berdamai berhubung isu perpindahan Antoine Griezmann ke Nou Camp pada jendela musim panas yang lalu.

Atletico Madrid sebelum ini mengemukakan aduan terhadap Barcelona yang mengumumkan pemain tersebut milik mereka – setelah mengaktifkan klausa perpindahan pemain tersebut bernilai €120 juta pada 12 Julai lalu.

Barcelona akhirnya didenda €300 selepas didapati bersalah kerana menghubungi Greizmann sebelum nilai asal €200 juta pada klausa berubah menjadi €120 juta.

Atletico mendakwa rundingan diantara pihak Griezmann dan Barcelona sebenarnya telah bermula sejak Mac, menyebabkan kelab Madrid itu wajar dibayar pada harga asal €200 juta.

Namun menurut laporan El Mundo di Sepanyol, satu perjanjian damai diantara Barcelona dan Atletico telah dimaterai. Menurut laporan tersebut, Barcelona bersetuju membayar Atletico €15 juta untuk menutup kes tersebut.

Selain daripada nilai tersebut, Atletico diberikan hak untuk melakukan rundingan sekiranya Barcelona berminat untuk mendapatkan lima pemain milik Atletico, termasuk Saul dan Jose Gimenez.

Rundingan tersebut tidak bermakna Barcelona harus membeli pemain-pemain ini. Namun ia membenarkan Barcelona menandingi nilai bidaan yang ditawarkan oleh kelab lain kepada Atletico.

Kedua-dua kelab turut dilaporkan bersetuju untuk merahsiakan segala email dan rekod berkaitan perpindahan Griezmann ke Nou Camp – yang sebenarnya telah dipersetujui pada Mac lalu.

Langkah ini dilihat untuk menghalang Atletico untuk membawa kes tersebut kepada Mahkamah Sukan untuk pendakwaan selanjutnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN