Barcelona Boleh Dapatkan Koeman Bila-Bila Masa

Ketua Jurulatih Belanda, Ronald Koeman nampaknya sangat optimis bahawa beliau orang yang tepat untuk menguruskan Barcelona.

Malah, beliau dilaporkan telah menyelitkan satu klausa khas di dalam kontraknya bersama Belanda.

Klausa tersebut berupa; Klausa pelepasan khas melibatkan Barcelona. Ini bermakna, Koeman boleh menyertai Barcelona – pada bila-bila masa – jika kelab Catalan itu mahukan beliau.

Koeman membuka pintu kepada Barcelona, jika kelab tersebut mahu mengambil beliau.

Ronald Koeman merupakan pemain legenda Barcelona. Dan idea bola sepak beliau memang berasaskan Total Football yang menjadi tunjang kepada DNA Barcelona.

Nama Ronald Koeman juga antara yang disebut dalam senarai calon pengganti – jika Barcelona melepaska Ernesto Valverde. Ini selepas beberapa pihak sangat tidak gemar dengan corak taktikal Valverde yang dilaporkan terlalu bergantung kepada Lionel Messi.

Perkara tentang klausa pelepasan khas itu disahkan sendiri oleh Pengarah Sukan Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB), Nico-Jan Hoogma.

Hoogma berkata: “Kontrak yang dipersetujui, menyatakan bahawa Koeman boleh pergi, pasukan tersebut [Barcelona] membayar klausa pelepasan beliau.”

Hoogma enggan mendedahkan angka yang perlu dibayar Barcelona jika mahu menebus klausa pelepasan ini.

Apa yang pasti, jika Barcelona mahukan Koeman, dan mengaktifkan klausa pelepasan ini, KNVB terpaksa akur dan melepaskan jurulatih tersebut.

Namun begitu, Hoogma berharap Ronald Koeman akan terus kekal bersama Belanda sehingga tamat kempen Euro 2020.

Buat masa ini, Koeman telah berjaya membangkitkan semula Belanda daripada kemelut prestasi. Beliau juga membimbing Belanda mara ke final Piala Negara-Negara Eropah 2019.

“Ronald sentiasa mahu menjadi pengurus Barcelona pada suatu hari nanti,” tambah Hoogma lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN