Barcelona Bida Coutinho £120 Juta, Bakal Umumkan Bintang Baru Selasa Ini

Barcelona sudah sedia untuk membelanjakan sebahagian daripada duit penjualan Neymar yang bernilai £198 juta dari PSG.

Laporan di Sepanyol menyebut Barcelona meletakkan perancang sensasi Liverpool, Phillipe Coutinho sebagai sasaran utama mereka.

Sebelum ini, bos Liverpool, Jurgen Klopp memberitahu yang Coutinho bukan untukd dijual. Namun dengan nilai £120 juta, ia adalah satu bidaan yang amat tinggi.

Barcelona juga dilaporkan menyediakan £70 juta untuk membida Ousmane Dembele. Walaupun kelmarin CEO Borussia Dortmund, Watzke memberitahu yang valuasi pemain tersebut adalah £100 juta.

Watzke memberitahu nilai itu mungkin agak rendah kerana mereka mengambil kira impak yang akan ditinggalkan Dembele, seperti mana Wolfsburg yang menjual De Bruyne sebelum ini.

Watzke berkata:

“Selepas Wolfsburg menjual De Bruyne dengan £57 juta, mereka masih belum mampu memulihkan impak yang ditinggalkan pemain tersebut dengan duit tersebut.”

Dembele pula sudah memberitahu media dengan berkata: “Semua pemain mahu ke Barcelona.”

Jadi ini juga satu ujian untuk Dortmund dalam usaha mereka mahu mengekalkan pemain tersebut.

Laporan Metro menyebut, Barcelona sudah berkira-kira untuk mengumumkan bintang baru mereka pada Selasa ini. Dan keutamaan mereka adalah Coutinho.

Ini pastinya memeningkan Jurgen Klopp yang mahukan pemain itu kekal. Pada perlawanan pra-musim kali ini, Coutinho sangat cemerlang bergandingan dengan Mohamed Salah.

Selain daripada Coutinho dan Dembele, Barcelona juga berminat dengan Hazard dan Dybala. Kelmarin Conte menyuarakan keyakinan beliau bahawa Hazard akan kekal di Stamford Bridge kerana pemain itu sangat gembira di Chelsea.

Rujukan

Metro – http://metro.co.uk/2017/08/06/liverpool-to-net-extra-18m-from-barcelona-for-philippe-coutinho-after-neymars-record-move-6832032/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN