Barcelona Beli Pertahanan Baharu, Yerry Mina Dari Palmeiras

Barcelona beli Yerry Mina dari kelab Brazil, Palmeiras sebagai persediaan mereka pada musim hadapan.

Beliau dijangka akan sertai kelab Sepanyol itu pada tahun 2018.

Siapa Yerry Mina?

Barcelona beli Yerry Mina yang merupakan seorang pemain pertahanan yang sedang beraksi untuk Palmeiras.

Beliau masih lagi muda, berusia 23 tahun dan merupakan pemain berasal dari Colombia.

Beliau setakat ini sudah bermain untuk 3 kelab. Kelab pertama beliau adalah Deportivo Pasto pada tahun 2013.

Selepas itu, Mina bermain untuk pasukan Santa Fe selama 2 tahun dari tahun 2014 hingga 2016.

Dan kini, beliau bermain di Palmeiras. Seterusnya Mina akan bermain bersama Barcelona yang bakal menjadi kelab ke-4 beliau.

Mina juga merupakan sabahagian daripada skuad Olimpik Colombia pada Sukan Olimpik Rio 2016.

Selain itu, Mina juga mempunyai 5 kap antarabangsa bersama skuad senior Colombia.

Mina dibeli oleh Barcelona dengan jumlah 9 juta Euro. Dan dijangka akan menyertai pasukan tersebut pada tahun 2018.

Pembelian ini akan menambahkan lagi pilihan buat Luis Enrique dibahagian pertahanan terutamanya pertahanan tengah selepas beliau memiliki Gerard Pique, Javier Mascherano, Jeremy Mathieu dan Samuel Umtiti.

Semoga berjaya di Barcelona, Yerry Mina!

Baca juga: Roy Keane Kritik Arsenal, Persoal Kenapa Gibbs Menjadi Kapten?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN