Barcelona baru sahaja mengumumkan bahawa mereka mendapatkan pemain baharu iaitu Martin Braithwaite dengan nilai perpindahan sekitar €18 juta.
Pemain tersebut setuju dengan kontrak sehingga 2024. Barcelona dilaporkan memasukkan klausa perpindahan sekitar €300 juta.
Barcelona mendapatkan pemain tersebut bagi menggantikan Ousmane Dembele yang cedera. Sebelum itu, Luis Suarez pula sudah tercedera.
📋 This is the schedule for @MartinBraith's presentation as a Barça player:
— FC Barcelona (@FCBarcelona) February 20, 2020
✍ 6pm: Contract signing
📸 6.45pm: Photo session on the pitch at the Camp Nou.
👋 🏟 7.15pm: Presentation and press conference
📺 Follow live on https://t.co/A1WiJBXvhL pic.twitter.com/sxfnAqOOvn
Persoalannya sekarang, boleh tak Barcelona mendapatkan pemain selepas jendela perpindahan ditutup?
Ada peraturan di dalam La Liga menyatakan bahawa, jika sesebuah kelab itu mampu memberikan bukti laporan perubahan bahawa ada pemain mereka sah cedera lebih daripada 5 bulan; maka mereka dibenarkan menandatangani pemain dalam masa 15 hari – dan pemain itu haruslah daripada pasukan di Sepanyol.
Barcelona dilaporkan telah mengemukakan bukti bahawa, Ousmane Dembele akan tersisih kerana kecederaan, lebih 6 bulan.
Dengan itu Barcelona dibenarkan mendapatkan pemain dalam masa 15 hari daripada tarikh mereka mendapat kebenaran itu.
Di Sepanyol sekarang ini, Barcelona cuba mencari opsyen paling mudah iaitu mencari pemain yang ada klausa pelepasan. Kerana untuk pemain yang tiada klausa pelepasan, kelab penjual ada hak untuk menolak.
Dalam kes ini, Barcelona dilaporkan mempertimbangkan beberapa pemain termasuk Angel Gomez. Dan akhirnya mereka mendapat tahu yang Braithwaite cuma ada klausa pelepasan bernilai £15 juta sahaja.
DEAL DONE: Barcelona have signed Leganés striker Martin Braithwate for €18m on a deal until 2024.
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) February 20, 2020
📝 pic.twitter.com/KZkpnVAkJK
Leganes tidak boleh menghalang pemain itu walaupun mereka sangat perlukan pemain tersebut bagi bertarung untuk terus kekal di dalam La Liga.
Cuma kelemahan peraturan ini sekarang, pasukan Leganes pula tidak dibenarkan untuk mendapatkan sebarang pemain bagi menggantikan tempat Braithwaite.
Leganes sudah menghantar permohonan khas kepada La Liga, namun ditolak oleh La Liga, kerana mereka tiada bukti bahawa ada pemain mereka cedera lebih lima bulan.
Jadi, itu sahaja penjelasan tentang situasi Braithwaite yang menyertai Barcelona.
Apa pandangan anda? Adakah anda rasa peraturan ini munasabah? Apa gunanya pula pasukan seperti Barcelona ada pasukan Barcelona B di liga bawahan? Yang kita sini panggil feeder club.
Dan apa ertinya ada tarikh tutup jendela perpindahan jika sesebuah pasukan itu masih boleh membeli pemain selepas itu?
Jika di EPL pula, hanya penjaga gol yang boleh ditandatangani dengan peraturan khas yang mirip peraturan ini.