Barcelona Bedil Real Madrid Dengan 3 Gol, Jarakkan Diri 14 Mata

El Clasico kali ini dipenuhi dengan drama sebelum perlawanan. Bermula daripada permintaan Real Madrid untuk diberikan Guard of Honor selepas mereka menjuarai Piala Dunia Kelab FIFA, namun ia ditolak oleh Barcelona.

Pengurus Barca, Ernesto Valverde dalam sidang media beliau turut memberikan komen panas menyatakan yang beliau tidak suka melakukan guard of honor kepada pasukan lain, apa lagi untuk Real Madrid.

Perlawanan dimulakan dengan upacara persembahan piala oleh Real Madrid dengan penyokong Real Madrid menyanyikan lagu ‘campeones’.

Messi sekali lagi membuktikan yang beliau sangat sukakan el clasico. Beliau dominan di kawasan lawan. Real Madrid meraikan gol Ronaldo pada awal perlawanan namun ia dibatalkan kerana ofsaid. Ronaldo ada hari untuk dilupakan dalam el-clasico.

Real Madrid memulakan perlawanan dengan baik. Mereka banyak menyerang dan lebih positif untuk melakukan percubaan gol namun mereka agak tumpul di hadapan gol membuatkan separuh masa pertama berakhir 0-0.

Luis Suarez berjaya memecahkan kebuntuan untuk pasukan pelawat pada 10 minit selepas rehat. Ianya memang tipikal gol Barcelona yang dimulakan dari blok rendah.

Mereka kemudian melakukan hantaran pembunuh yang memecahkan pertahanan lawan. Rakitic melorongkan bola kepada Sergi Roberto dan ia kemudian dihantar kepada Suarez.

Tidak lama selepas, Dani Carvajal telah dilayangkan kad merah. Ini selepas beliau melakukan ‘hand ball save’ menafikan percubaan Paulinho.

Messi menyempurnakan penalti itu untuk meletakkan Barcelona 2 gol di hadapan.

Real Madrid dalam masalah besar apabila berhadapan dengan pasukan seperti Barcelona yang memiliki kelebihan seorang pemain. Zidane melakukan 3 pertukaran selepas itu, namun masih gagal membantu mereka untuk mendapatkan gol.

Akhirnya Aleix Vidal menamatkan kisah el clasico dengan gol ke-3 pada masa kecederaan. Ini adalah kekalahan terburuk Zidane bersama dengan Real Madrid.

Beliau turut memberitahu wartawan yang esok (Ahad) semua orang akan ‘membunuh’ beliau kerana keputusan ini walaupun sebelum ini beliau dijulang sebagai wira dengan membawa pulang trofi kelab dunia.

Sambil tersenyum Zidane berkata:

“Saya tahu, benda ini membuatkan saya ‘dibunuh’ esok. Saya di sini untuk menentukan keputusan dan saya tak menyesal dengan keputusan saya hari ini.”

“Kami harus lebih tajam pada separuh masa pertama untuk memberikan perbezaan. Kami gagal, dan… itulah bola sepak.”

“Kami tidaklah bermain teruk sangat, sebab itu kekalahan ini sangat pedih.”

Ini juga merupakan kekalahan terbesar Real Madrid di Bernabeu dalam el-clasico sejak kekalahan 4-0 ketika era Rafa Benitez.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN