Barca Mahukan Lautaro, Inter Berusaha Mansuhkan Klausa Pelepasan

Barcelona serius dalam mempertimbangkan bidaan ke atas Lautaro Martinez. Portal AS melaporkan Lautaro Martinez adalah sasaran utama Barcelona pada ketika ini.

Barcelona mahu mendapatkan pengganti jangka panjang untuk Luis Suarez yang dilihat sudah menuju ke fasa akhir kariernya.

Luis Suarez mungkin dalam senarai untuk dilepaskan selepas ini.

Selain daripada Lautaro Martinez, Barcelona masih berharap akan dapat membawa balik Neymar dari PSG.

Cuma keadaan semasa, agak sukar untuk mereka mendapatkan Neymar. Berharap agar pemain itu tidak melanjutkan kontrak di PSG.

Neymar sudah pernah menghantar surat minta pindah daripada PSG dalam perpindahan lalu. Namun tak dilayan PSG.

Lautaro Martinez dibeli Inter Milan dari Racing Club sekitar £17 juta. Dan beliau kini memiliki klausa pelepasan £95 juta di Inter Milan.

Barcelona merancang untuk membentuk gandingan serangan dengan Lionel Messi dan Antoine Griezmann.

Laporan di Itali menyatakan, Inter Milan kini cuba meyakinkan Lautaro Martinez untuk menandatangani kontrak baharu dengan gaji lumayan.

https://twitter.com/SK_Football/status/1213115687205404672?s=19

Dan di dalam rundingan tersebut Inter Milan cuba untuk memansuhkan klausa pelepasan dalam kontrak Lautaro Martinez.

Ini akan membolehkan Inter Milan untuk mengawal sepenuhnya yuran perpindahan tanpa ada klausa beli pada pemain tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN