Barca Bakal Lakukan Apa Sahaja Untuk Pertahankan De Jong Dari Dimiliki Man United

Walaupun Manchester United dilihat tidak berputus asa demi mendapatkan Frenkie de Jong daripada Barcelona, kelab tersebut mungkin tidak akan melepaskan pemain tengah mereka ke England pada musim hadapan.

Perkara tersebut jelas ditegaskan sendiri oleh Presiden Barcelona, Joan Laporta apabila beliau menyatakan kelab tidak berminat untuk melepaskan de Jong pada musim panas kali ini.

Sebelum ini, ESPN mengesahkan Manchester United telah meningkatkan bidaan mereka untuk mendapatkan pemain Belanda tersebut dengan menawarkan kepada Barcelona sebanyak €65 juta dengan kemungkinan nilai tersebut bakal bertambah.

https://twitter.com/socialballistic/status/1543641879828434950?s=21&t=gK2dfKhHX5xVW1tIBMc7Hg

Pemain tengah berusia 25 tahun itu menjadi sasaran utama Erik Ten Hag setelah menjadi pengurus kelab tersebut, namun de Jong juga turut menjadi sasaran beberapa lagi pasukan untuk musim panas ini.

“Frenkie de Jong merupakan pemain Barcelona dan beliau merupakan antara pemain terbaik di seluruh dunia ketika ini.

“Kami tahu ada beberapa lagi kelab turut berminat untuk mendapatkan de Jong, selain Manchester United.

“Namun sehingga kini kami tidak berniat untuk melepaskan beliau. Saya juga yakin de Jong juga tidak ingin meninggalkan kelab.

“Saya akan memberikan segalanya yang diperlukan untuk memastikan de Jong terus kekal bersama Barcelona,” jelas Laporta menerusi ESPN.

Setakat ini, de Jong masih lagi mempunyai kontrak bersama Barcelona sehingga bulan Jun 2026, dan pemain tersebut juga menjelaskan secara umum untuk kekal di kelab itu.

Sebelum itu, Barcelona telah mengikat pemain tersebut pada tahun 2019 dari Ajax dengan nilai perpindahan €11 juta sebelum itu.

United setakat ini jelas ingin mengukuhkan posisi tengah mereka setelah ketiadaan Paul Pogba dan dan Nemanja Matic apabila kedua pemain tersebut masing-masing menyertai Juventus dan AS Roma.

Sementara Barcelona pula giat dalam usaha mereka untuk memburu pemain serangan Brazil iaitu Raphinha dari Leeds United dengan persaingan tersebut jelas kini dimiliki oleh Chelsea sambil Tottenham Hotspurs memantau perkembangan semasa.

Selain itu, Barca juga makin serius dalam usaha untuk mendapatkan Robert Lewandowski dari Poland dengan tiga rundingan sudah dibuat ketika ini bersama Bayern Munich.

Sumber:
ESPN

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN