Perlawanan panas ketika perlawanan semifinal kedua Copa Del Rey di antara Barcelona dan Atletico dibayangi oleh kontroversi daripada pengadil.
Perlawanan pertama sebelum ini dimenangi oleh Barcelona di Vicente Calderon dengan keputusan 2-1.
Perlawanan panas
3 kad merah yang dilayangkan dalam perlawanan ini. Perlawanan menjadi lebih panas apabila pengadil dikatakan melakukan kesilapan membatalkan gol Griezmann.
Pengadil menyatakan ia ofsaid, sedangkan ia sebenarnya tidak ofsaid.
Seterusnya pada minit akhir, pengadil melayangkan kad kuning kedua yang juga meragukan kepada Luis Suarez.
Ini bermakna bintang Uruguay itu akan terlepas perlawanan akhir Copa Del Rey.
Luis Suarez selepas perlawanan berkata, dia berharap pihak kelab dapat merayu agar kad kuning kedua itu ditarik balik.
“Ia bukan kad kuning, saya tergelak dengan kad kuning kedua itu, malah ia bukan faul sekalipun.”
Tegas Luis Suarez selepas perlawanan kepada Gol TV.
Sebelum itu Sergi Roberto dan Yannick Carasco dibuang padang masing-masing pada minit ke-58 dan 72.
Dalam perlawanan ini, Barcelona membuka tirai jaringan menerusi Luis Suarez pada minit ke-43.
Ianya selepas cubaan Lionel Messi yang termuntah dari tangan Moya.
https://streamable.com/3amqx
Atletico Madrid berhempas pulas untuk membalas 2 gol kerana mereka kini ketinggalan secara aggregat 1-3.
Gol mereka hanya hadir pada minit ke-83 menerusi Gameiro, selepas menerima hantaran cantik daripada Griezmann.
https://streamable.com/pgd47
3 minit sebelum itu, Kevin Gameiro gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Tiada tambahan gol selepas itu. Dan Barcelona mara ke final dengan agregate 3-2.
Pengedali Atletico berpuas hati dengan semangat anak-anak buah beliau dalam perlawanan ini.
Barca akan menanti pemenang di antara Celta Vigo dan Alaves dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Alaves dan Celta Vigo tidak ada jaringan agregate daripada perlawanan pertama apabila sekadar seri tanpa jaringan.
Baca juga: Analisis Taktikal: Cairnya Taktikal Gamba Osaka Menewaskan JDT!