‘Baran Tak Bertempat’ – Giliran Pengadil Liga Sosial Pula Dipukul Pemain

Giliran liga sosial pula gempar kali ini apabila ia membabitkan isu pengadil telah ditampar oleh salah seorang pemain bagi satu perlawanan membabitkan antara Ukay Positive FC dan FC Pirates.

Menerusi perkongsian video yang tular di media sosial, salah seorang pemain Ukay Positive tidak berpuas hati dengan keputusan semasa di atas sebelum beliau memukul wajah pengadil bertugas.

Pada video tersebut, pengadil itu telah memberikan sepakan penalti kepada FC Pirates dan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pemain lawan sebelum dirinya turut dilayangkan kad kuning.

Kesannya, pemain berjersi serba merah itu terus memukul wajah pengadil tersebut sehingga permainan terpaksa dihentikan seketika untuk meredakan suasana.

Menurut perkongsian Majoriti, permainan tersebut terpaksa dihentikan terus dengan kemenangan percuma diberikan kepada FC Pirates selepas kejadian itu berlaku.

Manakala pengadil yang menjadi mangsa keganasan itu pula terpaksa keluar daripada padang perlawanan dengan lebih awal sambil diiringi rakan-rakan lain kerana kecederaan dialami pada bahagian muka.

Enggan berdiam diri, wakil pengurusan Ukay Positive tampil dengan permohonan maaf atas kejadian yang membabitkan salah seorang pemain mereka kepada pengadil.

“Kelab Bola Sepak Ukay Positive atau singkatannya Ukay Positive FC akur dan menerima tindakan penganjur Footy Premier League untuk memberikan kemenangan kepada pihak lawan, FC Pirates pada perlawanan FPL 2024 Minggu ke-4 (11 Jun 2024).

“Kami memohon maaf atas insiden kekasaran daripada pemain kami ke atas pengadil perlawanan dan menyerahkan segala keputusan kepada pihak penganjur untuk mengambil tindakan.

“Sebagai sebuah kelab yang berdaftar, kami menekankan aspek disiplin dan ‘fair play’ dalam permainan. Kejadian malam tadi (Selasa) amat memalukan dan amat dikesali.

“Sekali lagi kami memohon maaf kepada pihak-pihak yang terkesan oleh tindakan luar kawalan salah seorang daripada pemain kami dan akan memastikan kejadian buruk seperti ini tidak berlaku lagi,” jelas kenyataan tersebut di media sosial rasmi kelab itu.

Pada pandangan kami di Semuanya BOLA, pihak kelab berkenaan perlu mengeluarkan amaran atau larangan seketika buat pemain berkenaan untuk beraksi seketika pada aksi akan datang.

Keganasan adalah perkara perlu dielakkan dalam dunia bola sepak kerana sukan itu bertujuan untuk menyatu padukan antara kedua pasukan bertanding.

Semoga tiada lagi perkara sedemikian akan berlaku kerana ia hanya memalukan industri bola sepak di Malaysia kini yang sedang membangun pesat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN