Banyak Pihak Setuju Usaha MFL Struktur Kembali Liga Malaysia Musim Hadapan

Setelah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan bakal membuat penstrukturan baharu liga bola sepak tempatan, jelas ia mendapat pelbagai pandangan mengenai perkara tersebut daripada para penyokong di media sosial.

Sesetengah penyokong dilihat ada yang bersetuju apabila mengatakan penstrukturan tersebut dapat memberi persaingan lebih sengit musim hadapan menerusi pertambahan pemain import.

Segelintir penyokong pula mendakwa perkara tersebut dilihat bakal memberi masalah dari segi sumber kewangan buat pasukan untuk menampung kehadiran slot pemain import yang ramai.

Namun, kebanyakan pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) apabila mereka menganggap cabaran dari segi kewangan dapat diharungi sebaik sahaja penstrukturan tersebut dilaksanakan pada tahun hadapan.

Menerusi pertambahan pasukan yang bertanding musim hadapan dalam saingan Liga Super, ia menyaksikan jumlah perlawanan turut meningkat dan setiap kelab perlu bersedia dari segi kantung kewangan agar segalanya berjalan lebih lancar.

Menurut Bobie Farid Shamsudin selaku Ketua Pegawai Eksekutif Perak, beliau mengakui cabaran dari segi kewangan pastinya ada, namun itu tidak menjadi asbab untuk dirinya terus menyediakan pasukan lebih mantap musim hadapan.

“Penstrukturan semula memang langkah tepat untuk bawa liga kita ke satu tahap yang lebih tinggi dan kita perlu memenuhi setiap peraturan daripada segi perlesenan dan sebagainya.

“Walaupun tahu kewangan juga akan bertambah sebab jumlah perlawanan bertambah, tetapi untuk dapatkan pasukan bola sepak yang bagus, saingan liga yang terbaik, inilah yang perlu kita buat.

“Kita kena hadap untuk sentiasa mencari jalan sama-sama bagaimana untuk mengatasi cabaran kewangan dan kena fikir sama-sama jalan penyelesaian terbaik,” katanya menerusi Arena Metro.

Selain itu, Stanley Bernard yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur City menyifatkan penstrukturan itu sebagai suatu langkah yang baikuntuk memberi peluang kepada setiap pasukan menjana kewangan mereka, menerusi tajaan diterima hasil pertambahan perlawanan.

Terang Stanley, ini secara langsung dapat membantu pertambahan kewangan pasukan musim hadapan, namun persediaan dana perlu dibuat lebih kukuh sebelum itu.

“Lebih banyak perlawanan, jadi lebih banyak minit permainan, dan dengan itu produk kita juga akan jadi lebih baik.

“Jadi apabila produk kita lebih baik, maksudnya kat sini kita boleh mendapat lebih banyak penajaan, kerjasama daripada pelbagai pihak dan lebih banyak penyiaran.

“Dari situlah mungkin banyak pasukan akan mudah untuk mendapatkan dana untuk kelab mereka,” kata Stanley.

Dalam masa sama, Ahmad Marzuki Nassir yang merupakan Pengurus Sabah menganggap setiap pasukan bakal berbelanja secara berhemah selepas ini untuk menguruskan kewangan mereka selepas ada pertambahan pemain import tahun hadapan.

“Bagi Sabah, kita dapat melihat akan ada pertambahan kewangan dan itu yang kita kena pandai uruskan macam mana untuk mendapatkan bajet terutamanya bagi pemain import.

“Apabila kita ada pilihan yang ramai untuk import daripada sembilan pemain itu, tentunya senang untuk kita pilih sesuai dengan taktikal jurulatih untuk mereka bermain nanti,” kata Marzuki.

Untuk penstrukturan baharu yang bakal dilaksanakan pada musim hadapan, ianya akan membabitkan 34 perlawanan bagi aksi Liga Super berbanding hanya 22 sahaja sebelum itu.

34 perlawanan tersebut tidak meliputi untuk saingan lain seperti Piala FA serta aksi Piala Malaysia.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN