‘Bantu Rakyat Miskin Lebih Utama’ – Kerajaan Negeri Enggan Masuk Campur Masalah Kewangan Perak FC

Saarani Mohamad Kerajaan Negeri Perak

Permintaan Gabungan Persatuan Penyokong Bola Sepak Perak untuk kerajaan negeri campur tangan dalam masalah tunggakan gaji melibatkan Perak FC nampak tidak berhasil.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan dana kerajaan negeri semata-mata untuk melunaskan tunggakan gaji kerana ada perkara lain yang perlu diutamakan.

Dalam temubualnya bersama Bernama, Saarani mengakui pihaknya ada menerima permohonan daripada pihak pengurusan Perak FC untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi tujuan tersebut.

Namun baginya tanggungjawab sebuah kerajaan negeri adalah lebih besar kerana perlu mengambil kira keperluan rakyat secara keseluruhan dan bukannya kemahuan sesebuah pihak semata-mata.

“Saya minta mereka selesaikan ikut saluran yang betul, saya minta maaf bukan saya tidak mahu masuk campur atau tidak berminat dengan bola sepak atau sukan,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggong berkenaan.

“Saya perlu berlaku adil kepada lain-lain persatuan sukan dan juga rakyat di negeri ini. Sekiranya RM2 juta itu kalau saya berbelanja RM200 untuk ketua isi rumah miskin (KIR), berapa ribu KIR saya boleh bantu.

Saarani juga berharap penyokong skuad Seladang dapat memahami keputusan sukar yang terpaksa dibuat oleh kerajaan negeri ini dan tidak menuduh pihaknya tidak ‘berhati perut’ melihat nasib malang pasukan yang membawa nama negeri tersebut.

“Saya minta maaf, ia bukan bermakna saya tidak bersimpati tetapi saya ada tanggungjawab lain yang lebih besar. Saya bersimpati tapi saya kena berlaku adil pada golongan lain juga termasuk KIR miskin, lagi-lagi bulan Ramadan ini.”

Pendirian Menteri Besar Perak mengenai masalah tunggakan gaji ini bukanlah perkara baharu kerana setahun yang lalu beliau juga pernah menegaskan perkara yang sama.

“Rakyat kalau dapat RM500 pun sudah gembira, tapi kalau saya bantu mereka [pemain Perak] sampai RM40,000, RM50,000 sebulan malahan jurulatih RM180,000 sebulan, ini tidak adil,” kata Saarani.

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN