Bantu Kuching FA Ke Liga Premier 2020, Perasaan Joseph Kalang Tie Bercampur-Baur

Joseph

“Gembira dalam duka.”

Itulah ungkapan yang dapat menggambarkan perasaan tonggak utama Kuching FA, Joseph Kalang Tie apabila impiannya membawa kelab amatur itu ke Liga Premier 2020 tercapai selepas menewaskan Sarawak FA 3-1 dalam aksi playoff minggu lalu.

Pemain berpengalaman berusia 32 tahun itu melahirkan rasa syukur dengan kejayaan itu namun dalam masa yang sama turut menyimpan sedikit kedukaan apabila Sarawak FA tersingkir ke Liga M3 tahun depan.

“Bagi saya, gembira dalam duka kerana kemenangan berpihak kepada Kuching FA malah pasukan saya boleh bermain di Liga Premier dan merupakan satu sejarah buat pasukan ini.

“Namun berduka buat Sarawak FA kerana pasukan ini adalah pasukan negeri saya sendiri dan mereka tidak boleh berputus asa pada musim hadapan.

Joseph cuba melepasi kawalan pemain Ultimate FC pada aksi Liga M3.

“Satu kepuasan yang teramat sangat sampai saya tak terkata, meraikan kemenangan dengan pasukan sehingga saya sendiri pun terduduk dan ia bagaikan mimpi menjadi kenyataan,” kata pemain tengah itu.

Biarpun pernah beraksi dengan pasukan Liga Super seperti Terengganu FC, Pahang dan Selangor, Joseph merasakan cukup berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan sejak dia menandatangani kontrak bersama Kuching FA pada musim ini.

Bekas pemain kebangsaan itu juga menyatakan perasaan terima kasih kepada pihak pengurusan dan penyokong-penyokong yang banyak memainkan peranan untuk pasukan muncul naib juara Liga M3 bagi menempah slot ke Liga Premier menerusi aksi playoff.

“Saya betul-betul bersyukur dengan Kuching FA yang sememangnya mempunyai sasaran untuk ke Liga Premier bermula daripada saya mengikat kontrak sehingga sekarang, jadi saya berterima kasih kepada pihak pengurusan, penyokong dan rakan sepasukan.

“Kami memang layak untuk menang dan kami tidak akan berputus asa dengan harapan mudah-mudahan pasukan Kuching FA ini dapat ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan,” katanya.

Kredit foto: Kuching FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN