Perang Banner, Wenger Memberikan Respon Dan Akan Buat Keputusan Dalam Masa Terdekat

Arsene Wenger

Pengendali Arsenal, Arsene Wenger memberikan respon beliau tentang perang banner ketika perlawanan semalam.

2 banner diterbangkan semalam. Satunnya dengan No Contract! Wenger Out!. Satu lagi, In Arsene We Trust! Respect AW!

Ketika ditanya wartawan tentang perkara tersebut, Wenger berkata:

“Saya hanya fokus kepada perlawanan di dalam padang, dan saya tidak melihat apa yang berlaku di udara semalam.”

“Saya percaya bahawa anda harus bersedia untuk menerima perkara-perkara seperti itu.”

“Tugas saya adalah untuk fokus kepada pekerjaan saya. Saya tidak boleh terpengaruh dengan apa yang orang fikirkan tentang saya.”

Beliau turut ditanya tentang masa depan beliau di Arsenal. Wenger menjawab:

“Saya tidak tahu tentang apa yang bakal berlaku pada masa depan saya.”

“Namun janganlah risau, saya tahu apa yang saya akan lakukan untuk masa depan saya.”

“Anda semua akan tahu dalam masa yang terdekat ini.”

“Sebenarnya, buat masa ini saya tidak terlalu memikirkan mengenai masa depan saya.”

“Kami berada dalam situasi terburuk yang tidak pernah kami alami selama 20 tahun terakhir.”

“Kami terus menelan kekalahan demi kekalahan di setiap perlawanan. Dan bagi saya hal itu lebih penting daripada masa depan saya.”

Arsenal berada dalam prestasi sukar buat masa ini. Mereka hanya menang 3 perlawanan sejak Februari.

2 kemenangan itu hadir dari pertandingan iaitu menentang Sutton United dan juga Lincoln City.

Dalam Liga mereka menang ke atas Hull pada 11 Februari yang lalu.

Baca juga: Everton Menamatkan Rekod 105 Hari Manchester United Di Tangga Ke-6

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN