Mahu Bangkit Semula, TMJ Hantar JDT Berlatih Pra-Musim Di Dubai

TMJ

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) mengeluarkan kenyataan baharu sebentar tadi di laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers mengenai persiapan awal yang akan dilakukan untuk skuad Johor Darul Takzim pada pra musim ini.

Jelas TMJ nyata selama tiga tahun ini mereka selesa dengan keadaan pasukan dan ini merupakan ‘wake up call’ buat baginda untuk kembali menjadikan pasukan ini lebih bersedia untuk musim yang akan datang.

TMJ juga menyatakan bahawa mereka akan lebih obses selepas ini untuk memperbaiki segala kelemahan pasukan serta menerima kekalahan di final Piala Malaysia baru ini sebagai suatu perkara yang positif.

Selain mengucapkan terima kasih buat semua kakitangan pasukan termasuk para pemain, TMJ tidak terlepas untuk berkongsi beberapa persiapan pasukan menjelang pra musim kepada umum yang dilihat agak menarik.

Antara intipati baginda seperti aksi pra musim yang akan dibuat di Abu Dhabi dan Dubai, bermain dengan beberapa kelab tempatan di sana, dan juga beberapa lagi pasukan Eropah dalam memantapkan pasukan milik baginda.

Sememangnya kita harus akui TMJ gemar membawa skuad milik baginda untuk bermain pra musim di luar negara kerana sedikit sebanyak dapat memberi pengalaman terbaik buat para pemain serta menjadi modul terbaik sebelum pasukan ini beraksi di pentas ACL.

Berhadapan lawan yang fizikal lebih baik serta teknikal yang lebih mantap menjadi medan terbaik untuk para pemain JDT diuji pada aksi pra musim.

TMJ turut menyatakan bahawa akan ada beberapa pemain dikekalkan, manakala ada pemain yang akan dipinjamkan ke pasukan lain serta ada pemain yang akan dilepaskan dari pasukan.

Segala pengumuman mengenai para pemain akan dibuat oleh Pengarah Teknikal JDT kepada para penyokong dalam masa terdekat.

Ujar TMJ lagi, keputusan beliau pada awalnya untuk berehat dari kancah bola sepak negara tidak akan terjadi setelah apa yang berlaku dalam pasukan membuatkan baginda perlu bertindak segera untuk musim akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN