Bangkit Dari ‘Dosa’ Final Piala Carabao, Kepa Arrizabalaga Cemerlang Bantu Kemaraan Chelsea

Arrizabalaga

Penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga sebelum ini menjadi bahan jenaka peminat bola sepak dunia selepas beliau ingkar kepada arahan Maurizio Sarri supaya digantikan dengan Wilfredo ‘Willy’ Caballero pada aksi final Piala Carabao menentang Manchester City, 24 Februari lalu.

Situasi menjadi lebih hangat apabila Arrizabalaga gagal untuk membantu Chelsea menundukkan The Cityzens ketika penentuan sepakan penalti pada perlawanan tersebut.

Beliau yang menerima hukuman akibat perlakuan itu telah menebus kesilapannya pada aksi bertemu Eintracht Frankfurt pada awal pagi tadi.

Kepa Arrizabalaga cemerlang menafikan sepakan penalti yang diambil Martin Hinteregger dan Goncalo Paciencia bagi menyalakan harapan buat Chelsea untuk menamatkan musim 2018/19 dengan satu piala.

LONDON, ENGLAND – MAY 09: Kepa Arrizabalaga of Chelsea saves a penalty from Goncalo Paciencia of Eintracht Frankfurt (not pictured) in the penalty shoot out during the UEFA Europa League Semi Final Second Leg match between Chelsea and Eintracht Frankfurt at Stamford Bridge on May 09, 2019 in London, England. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

Mengulas mengenai kejayaannya menjadi watak penting kemaraan Chelsea ke perlawanan akhir Liga Europa musim ini, Arrizabalaga jelas gembira dengan keputusan yang memihak Chelsea itu.

”Sepakan penalti adalah berkaitan dengan sedikit nasib, kami kalah pada perlawanan akhir yang lain (Piala Carabao) dan kami menang hari ini – itulah bola sepak.”

”Atmosfera yang cukup bagis, kami bermain menentang pasukan yang kuat dan saya berasa sangat gembira.”

”Kami sentiasa bersedia untuk semua perlawanan, semua sepakan penalti tetapi hari ini kami bernasib baik.”

”Wembley (insiden Piala Carabao) telah lepas, saya mempelajarinya, saya meminta maaf kepada semua orang tetapi kami sentiasa terus bekerja dan hari ini adalah satu lagi perlawanan, satu lagi separuh akhir dan kami sangat gembira layak ke perlawanan akhir di Baku.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN