Bambang Pamungkas Kenang Kembali Tempoh Gemilang Bersama Selangor

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Itulah peribahasa yang paling tepat untuk menggambarkan Bambang Pamungkas, pemain dari Indonesia yang pernah mewarnai kancah saingan Liga Malaysia.

Pemain daripada Indonesia ini pernah dianggap oleh ESPN sebagai antara 10 pemain Asia paling prolifik pada 2012.

Kredit: Pemilik gambar

Bambang Pamungkas beraksi bersama Selangor selama dua musim pada 2005 dan 2006.

Beliau menyertai Selangor bersama seorang lagi rakan senegara Elie Aiboy.

Kenangan lama

Baru-baru ini, Selangor FA melalui akaun media sosial Twitter persatuan itu berkongsi akan gambar skuad The Red Giants yang muncul juara Piala FA pada 24 September 2005.

Ciapan itu lantas mendapat perhatian, tidak lain tidak bukan daripada Bambang yang lantas melakukan ulang ciapan.

“Time flies” ujar beliau dalam ciapan tersebut untuk mengenang kembali tempoh beliau bersama Selangor satu masa dahulu.

Dalam perlawanan akhir Piala FA musim tersebut, Selangor menewaskan Perak 4-2. Bambang sendiri menyumbangkan dua gol dalam perlawanan itu dengan jaringan pada minit ke-4 dan ke-87 perlawanan.

Wira dari seberang

Ketika bersama Selangor, Bambang Pamungkas berjaya membantu Selangor muncul juara Liga Perdana Malaysia sekaligus melayakkan Selangor untuk beraksi di Liga Super pada musim berikutnya.

Nama Bambang Pamungkas lantas menjadi idola penyokong ‘The Red Giants’ pada ketika itu apabila beliau turut membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia dan juga Piala FA pada musim pertama di Selangor.

Sepanjang 2 musim bersama Selangor, Bambang Pamungkas telah tampil sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana musim 2005 apabila berjaya menghasilkan 23 gol daripada 24 perlawanan.

Secara keseluruhan, Bambang Pamungkas telah menjaringkan 42 gol dalam 63 penampilan sepanjang 2 musim beraksi di Liga Malaysia bersama Selangor.

Kami kongsikan aksi ketika Bambang Pamungkas membantu Selangor menewaskan Perak di perlawanan akhir Piala FA 2005.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN