Mario Balotelli bikin panas sekali lagi. Ini selepas beliau diarahkan keluar padang. Bekas pemain Manchester City, Liverpool dan Inter itu bengang dan berkata kepada pengawai ke-4 perlawanan:
“Teruk! (Awak semua) Yang Teruk di Perancis”
Kata-kata itu ditujukan kepada pasukan pengadil yang bertugas dalam perlawanan tersebut. Balotelli menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-40. Gol yang menjadi gol kemenangan untuk Nice ke atas Dijon.
Balotelli dilayangkan kad merah terus pada minit ke-89 selepas bentesan keras dari belakang ke atas Cedric Yambere.
Balotelli merasakan perbuatan beliau sepatutnya hanya layak dilayangkan kad kuning sahaja. Saksikan di sini.
Mario Balotelli scores and is sent off – Nice vs. Dijon from Ahmad Muzammil on Vimeo.
Balotelli meninggalkan padang dalam keadaan marah dan menendang tempat duduk pegawai perlawanan di luar padang. Lihat bagaimana Balotelli memberitahu yang pengadil adalah paling teruk.
Balotteli: 'Paling Teruk Di Perancis; from Ahmad Muzammil on Vimeo.